Dijawab oleh : Khairul Ahmad Fitri. Manager Raja Rimba Marketing

Tak semua mampu join seminar dan beli ebook hebat sebab ada yang sangat-sangat susah sampaikan nak beli susu anak tak mampu.

Niat buat bisnes online semata-mata nak cari side income untuk tampung apa yang patut. Tapi teknik takda macam mana nak menjadi.

Betul?

Tak semua faham apa tu customer avatar. So tak faham macam mana nak buat research kan? Kalau tak buat research macam mana nk dapat prospek/lead yg tepat?

Insyallah boleh guna pakai trick ni atleast untuk bantu dalam kempen marketing di fb ads.

Teruskan baca tau. ?

Pernah tak buat sales dengan bisnes yg run sekarang? Ada sales mesti ada customer kan? Ok. Sekarang collect data dari customer yg ada.

Umur, jantina, lokasi, masalah, kerja apa, tahap pendidikan, minat, ex user produk apa. Lagi banyak tahu masalah customer lagi sempoi.

Kemudian dari data semua ni buat listing. Tengok kekerapan. Dapat result ciri-ciri customer? Okay, follow step bawah.

Ikut 5 langkah dibawah.

1. Cipta satu dummy facebook akaun. Guna nama sendiri (pastikan jantina mengikut kesesuaian produk) nak guna gambar sendiri pun takda masalah.

2. Fill up semua detail dalam facebook profile dengan ciri-ciri data tadi yg paling tepat.

3. Add kawan-kawan rapat dalam facebook yg ada ciri-ciri data tadi. Untung kalau kena dekat ads lookalike.

4. Like dan follow page yg ada interest yg sama. Cuba engage supaya algorithm fb mudah detect keywords.

5. Then tunggu, tiap2 hari cuba tengok iklan yang lalu di news feed. Paling untung bila iklan yg sama jenis kau menjual naik.

Time ni kaji iklan orang yg naik tu. Buka detail “why am i seeing this”, baca copywriting, tengok gambar/video, perhatikan thumbnail video, tengok CTA (call-to-action).

Kemudian tiruvasi dan apply dekat fb page kau.

Selamat Mencuba. ??

p/s: tips yg sangat tak sesuai utk yg hari ni run bisnes esok nak jadi jutawan. Proses agak makan masa. Tapi insyallah hasil memang ada.

Khairul Ahmad Fitri Suhaimi

Anda peniaga yg baru nak mulakan perniagaan secara online di facebook page? Cari kami – Pakar FanPage By Raja Rimba Marketing. Membantu dan menyediakan platform FanPage Targeted Audience di facebook Sejak 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen