Penulis : Amir Syahir

Modal RM550 Selama 2 Tahun Dapat RM17K. Sesuai Untuk Yang Bergaji Sederhana.

Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji sederhana dan mampu simpan RM550 setiap bulan selama dua tahun. Kalau bujang yang mampu komitmen RM550 setiap bulan.

Kalau dah kahwin, boleh kongsi bayar. Suami isteri bekerja elok guna teknik ini. Sama-sama bayar. Suami RM275+ Isteri RM275.

Untuk yang bergaji bersih RM1500 ke atas sahaja.

Tahun Pertama

Mohon ASB Financing tahun pertama. Bayar ansuran bulanan RM550 selama setahun. Selepas setahun, dividen diumumkan 6.75%. Anda akan dapat dividen ASB : RM6750

ASB Financing RM100K

Ansuran bulanan: RM550

Keuntungan bank: 5.2%

Takaful Pembiayaan ASB: Tiada

Tempoh pembiayaan: 30 tahun

Gunakan duit dividen ASB untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tahun kedua. RM550 X 12 bulan = RM6600. Ada lagi lebihan RM150 dan bonus semasa.

Dividen : 6.75% X RM100K = RM6750

Ansuran ASBF: RM550 X 12 bulan = RM6600

Baki dividen : RM6750 – RM6600 = RM150

Tahun Kedua

Mohon lagi pembiayaan ASB RM100K. Ansuran bulanan RM550. Setahun anda perlu bayar RM6600. Bayar ansuran RM550 guna gaji sendiri.

Ansuran bulanan ASB Financing tahun pertama bayar guna duit dividen ASB. Tak perlu bayar secara lumpsum. Keluarkan setiap tiga bulan sekali. Gunakan dividen tersebut untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB RM100K tahun pertama anda.

Tahun Ketiga

Lepas dapat dividen pada bulan Januari, anda terus terminate semua ASB Financing anda. Anda sudah ada sijil ASB Financing RM100K + RM100K.

Jadi dividen anda akan beroleh berdasarkan baki minimum RM200K. Dengan bermodalkan RM550 selama dua tahun anda sudah mencapai maksimum RM200K.

Anda akan dapat;

Dividen ASBF terakhir (RM100K + RM100K) : RM13,500

Pulangan prinsipal:

ASBF RM100K Tahun Pertama(24 bulan) : RM2922
ASBF RM100K Tahun Kedua (12 bulan) : RM1423
Jumlah pulangan prinsipal : RM4345
Jumlah kasar keseluruhan : RM13,500 + RM4345 = RM17,845

Secara ringkasnya,

Tahun Pertama: Buat ASB Financing RM100K. Buat ASB Financing RM100K pada tahun berikutnya. Dapat dividen pembiayaan ASB tahun pertama rolling dividen untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB tersebut. Jadi komitmen anda kekal RM550.

ASBF RM100K + ASBF RM100K = RM200K

Pada tahun ketiga anda sudah ada simpanan wang sebanyak RM17K. Komitmen anda selama dua tahun hanya RM550 setiap bulan.

Tahun ketiga selepas dapat pulangan prinsipal, anda gunakanlah sebaiknya.

Antaranya;

1. Ajaklah suami / isteri anda buat sama. Sudah ada tabung dana keluarga sebanyak, RM34K.

2. Jika nak beli rumah, cari rumah bawah RM150K. Deposit rumah RM15K. Beli rumah apartmen subsale. Dan sewakan. Buat perjanjian sewaan. Biar ada bukti duit masuk dalam akaun anda. Selepas 6 bulan, beli lagi satu rumah.

3. Jika nak beli kereta, beli ikut kemampuan gaji. Ansuran bulanan biarlah tidak lebih daripada 15% daripada gaji anda.

Lagi bijak jika anda beli kereta terpakai tempatan yang murah secara tunai guna duit RM17K. Lebihan duit anda boleh simpan. Tak perlu berhutang dengan bank selama 9 tahun kan.

4. Simpan RM17K untuk masa depan anda sekeluarga.

5. Sebagai dana pendidikan anak pun boleh juga.

6. Gunakan untuk renovate rumah, beli barang rumah seperti sofa, meja makan tanpa perlu berhutang dengan Courts. Jadikan wang tabung dana kecemasan, tanpa perlu ambil pembiayaan peribadi sampai berhutang 10 tahun.

7. Tak perlu terminate ASB Financing anda tadi. Tahan sampai 5 hingga 10 tahun. Akan dapat lagi banyak daripada RM17K ini.

Apa inti pati penting daripada teknik ini?

i. Walaupun anda bergaji sederhana atas RM1500 tetapi jika anda force saving sebanyak RM550 dalam dua tahun anda sudah ada RM17K.

ii. Anda tak perlu mohon pembiayaan peribadi jika apa-apa terjadi pada anda.

iii. Anda sudah ada deposit untuk beli rumah dalam masa tiga tahun.

iv. Anda ada simpanan untuk beli kereta secara tunai tanpa perlu berhutang dengan bank selama 9 tahun.

v. Anda mampu beli rumah dan sewakan. Dapat aliran tunai positif untuk wang anda.

vi. Yang bujang baru dapat kerja gaji RM2000 boleh buat teknik ini. Dapat buat belanja kahwin tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Anda force saving selama dua tahun ataupun anda mahu berhutang dengan bank selama 10 tahun?

Fikir fikirkan lah.

Penafian :

1. Perkiraan kasar sahaja.
2. Andai dividen ASB diumumkan oleh pihak ASNB sepanjang tempoh 2 tahun tersebut ialah : 6.75%

Amir Syahir

Berkongsi ilmu Hartanah, Pengurusan Kewangan, Tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat untuk kita semua.

Tinggalkan Komen Anda

Komen