Dijawab oleh : Nik Ahmad Kamal

JANGAN KENA GAME DENGAN CUSTOMER

Customer ni banyak jenis, ada yang jenis tak fikir panjang, ada yang jenis survey dengan teliti dan ada yang jenis manipulative.

Yang jenis direct ni senang la, dia pm , dia beli.
Yang jenis survey ni, dia tengok iklan dia berminat dia akan search.

Dia akan search di google, dalam fb, dalam instagram, semua sekali dia search.

Sebabnya, dia nak untung. Kita pun begitu kalau kita jadi buyer. Kita nak barang yang sama pada harga yang murah.

Golongan ini akan pergi dari satu page ke satu page dan PM semua seller yang dia jumpa, selagi mana dia larat dia akan PM dan dia akan layan wassap. Dia sanggup habis 2-3 hari layan wassap dengan seller untuk dapat jimat lima ringgit.

So kita kena faham ada yang jenis macam ni.

Ada jenis yang lebih teruk lagi, dia ni jenis manipulative sikit. Dia akan create cerita bahawasanya seller A jual harga sekian sekian.

Pastu kalau seller ni sanggup bagi harga yang rendah sikit dia konfem akan beli dan sanggup bayar sekarang juga, sanggup jumpa kat mana juga. Boleh bank in kat bank mana pun.

Hati hati dengan buyer macam ni. Dia sanggup tabor fitnah supaya dia untung. Tapi kalau orang yang jenis sanggup fitnah orang untuk untung diri dia. Kemungkinan besar dia memang hidup dengan menipu orang.

Jadi jangan terkejut la kalau dah jumpa tu dia cakap dia x cukup duit, ataupun dia tak ada duit kecil supaya dia dapat jimat lagi 10-20 ringgit.

Pastu kalau dia cakap nak bank in, jangan terkejut kalau timbul macam-macam isu pelik dia cakap dia dah bank in tapi slip tak keluar, ataupun dia guna slip tipu ataupun dia hantar amaun tu ke akaun lain dengan harapan kita tertipu dan hantar barang tu secara percuma pada dia.

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA. – satu Negara dimana seluruh komuniti online marketer sedunia pakat pakat ban. Diorang ban dari pembeli sampai lah kepada sifu, sebab Negara kita terkenal dengan kreativiti yang super saiya untuk menipu.

STOKIS / EJEN KENA GAME PUN KENA GAME

Stokis dan ejen ramai yang kena game dengan golongan ini. Diorang saling menuduh sesame sendiri dan menyatakan ada ejen yang buang harga atau ada ejen yang mencuri dengan pergi ke page untuk curi prospek orang.

Kita hanya boleh salahkan diri sendiri dalam hal ni kalau kita tertipu dan kena game.

Sebab itulah tempohari saya suruh ban sorang kakak tu bila dia mula kacau 2-3 stokis dan sebut harga yang merapu rapu. Ban dia dari semua page kita dan ban dia dari semua nombor wassap kita. Kita tak nak jual pada dia.

Kalau dia beli produk yang paling mahal sekali pun dia akan sentiasa ada peluang untuk game kita. DAN PECAH BELAHKAN KITA.

Kita akan jumpa ramai lagi orang macam ni dan satu satunya cara untuk tidak kena game dengan orang macam ini ialah dengan mengetahui apa gameplan kita. Kita kena tahu matlamat kita.

Kita mesti tahu kita punya BIG PICTURE. Apa yang sebenarnya kita nak capai. Jadi kita kena focus kepada game kita dan bukan focus kepada permainan kecil yang pelanggan tidak beretika mulakan.

TUJUAN KITA BINA BISNES IALAH KITA NAK JAJAH KAWASAN KITA

Untuk kita jajah kawasan kita. Kita nak bina 1000 pelanggan setia.

Kita nak ada bisnes yang pelanggan setia kita tu akan bawa anak beranak dia, bawa kawan2 dia, dan bawa saudara mara dia kerana kita seorang seller yang SUPERB.

Kita seller yang tidak focus kepada duit. Tapi kita focus kepada melengkapkan game yang akan jadi abdi kita. Game yang akan bawa duit pada kita.

FOKUS KAT SITU.

Kita mesti bantu membantu sesame stokis dan sesama ejen sehingalah kita semua GAGAH dan mampu bina team sendiri, dan mampu wariskan pada anak2 kita

Kalau ada seorang pelanggan yang buat cerita dan kita dah bermasam muka sesama kita, maka kita sudah hilang game kita. Sedangkan satu ketika dulu, kita berpeluh di tengah panas membina bisnes kita.

Kita tak tidur malam berbulan bulan. Kita bermusafir tinggalkan anak bini kita kat rumah sebab kita nak COMPLETE GAME kita.

Tapi datang sorang customer buat cerita, kita dah bunuh hubungan baik kita dengan team kita yang satu ketika dulu kongsi nasi sepinggan pasal kita sama2 sengkek. BODOH sungguh kerana berfikiran sempit.

Poknik dah masuk macam macam team drospship. Of course poknik tak pernah buat sale sebab poknik tak pernah minat dengan sales. Poknik berminat dengan COMPLETING GAME dan gameplan.

Bila poknik tak dapat bina gameplan, poknik tak bergerak. Jadi last last poknik kena kick dari team tu. Tapi itu poknik tak kisah.

Tapi depan mata poknik, ejen2 bergaduh sesame sendiri. Leader pening kepala macmana nak selesaikan pertikaian ejen-ejen.

Leader tu tak akan dapat jernihkan suasana. Sebab leader tu pun bukan buat bisnes untuk complete game. Dia buat bisnes untuk dapat duit dan dapat sales. Kalau dapat sales juta juta pun tak guna kalau dengan sales tu kita tak naik level dalam game.

Kita berniaga kena ada etika, yang tu nanti poknik cerita balik. Tapi sekarang ni poknik nak cerita pasal ni dulu. Sebab dengan focus yang jelas, apa apa yang datang pun, kita dapat berfikir dengan matang dan jelas.

Bab tak tahu gameplan ini lah yang merupakan penyakit sebenar. Buat kerja kerana nak duit. Bukan buat kerja untuk bina bisnes. Be clear of your gameplan. Betulkan mindset.

BUDAYA NI KITA KENA PROTECT. FAHAMAN YANG JELAS TERHADAP GAMEPLAN KITA KENA PASAK BETUL BETUL.

Sebab signifikan dia besar. Berhentilah fokus pada benda yang lansusng tak siginifikan. Kita ada juta juta orang kat malaysia kita boleh jual.

Nanti next poknik cerita pula apa yang dimaksudkan dengan curi pelanggan dan apa yang bukan curi pelanggan.

Bagi poknik kalau orang nak curi pelanggan poknik pun curi la sebab poknik tahu, diorang tak akan dapat kekalkan pelanggan kerana orang tu akan datang balik pada poknik. Itu keyakinan poknik insyaallah.

So, sebelum masalah ni terjadi dlam group stokis poknik dan kita mula sangsi terhadap kejujuran satu sama lain. poknik ingatkan lagi sekali. JANGAN KENA GAME DENGAN CUSTOMER.

Featured Image : Business Insight

Nik Ahmad Kamal

Old man living life better than the young ones … Yeahh!!

Tinggalkan Komen Anda

Komen