Dijawab oleh : Nazirul Mubin Khalid, Founder The Sixpackerz

Saya buat banyak kempen tapi hidupkan pada waktu yang berasingan.

Ini cara saya handle 20, 30 campaigns fbads.

Jerung tak pakai benda ni sebab diorang tak kesah sangat. Kita yang baru ni, boleh try.
Kalau campaign dah ok tak payah gatal nak usik2.

Saya come up dgn cara ni lepas campaign saya last month tiba2 jadi suam. ROI kelaut, leads kelaut. Masih padu tapi jauh dari target. Angin kuat sangat rasanya. Tapi kita jenis susah goyang ?

Teknik ni sesuai untuk yang on ads 7am-10pm. Yang tutup kedai pukul 5 pandai2 la sendiri ?

Okay macam ni, kebiasaanya saya akan ON semua 30 campaign dan adset serentak Isnin-Jumaat 7am-10pm. Tapi mungkin sebab gegaran New year, anak sekolah, CNY benda jadi tak tentu arah.

Saya jadikan LEADS sebagai metrik kpd performance ads saya. So bila 4,5 hari leads rendah, saya dpt tahu ada something wrong.

Kalau ikut buku Rolf Dobelli, benda ni namanya clustering illusions. Otak manusia suka melihat dan mencari pattern, bila tak jumpa pattern, otak kita akan mula buat2 sendiri utk jadikan pattern tu ada.

Konsep ni sama dgn fbads, otak kita dah faham pattern pergerakan kos dan reach masa ads kita berskala kecik, tapi masalah biasanya jadi bila otak kita bawak pattern yg sama utk handle ads berskala besar sikit.

Bila tak jumpa pattern, the brain simply invent one. Ini masalah.
So caranya jangan terlalu oversensitive bila melibatkan pattern. Be skeptic.

Banyak faktor2 lain lagi. Bila dah jumpa pattern dalam data, prove statistically.

Ini yg saya buat.

Saya asingkan 30 campaign tadi kpd 2 bahagian.

GENG AM (7am-8pm)
GENG PM (4pm-10pm)

Okay faham?

Cara saya asingkan.

GENG AM, saya letak campaign yg santai2. Educate prospek santai2, click to website, engagement, stock update campaign, video view, interest based.

Kalau ada menjual pon 2, 3 campaign je. Ade lebih kurang 10-15 campaign je. Campaign yg simple yg tak banyak makan masa utk prospek faham.

Untuk GENG PM, saya on campaign yg betul2 menjual, targeted gaban, headshot punya. Campaign educate yg betul2 perform je saya benarkan join geng PM ni. Sebab kebiasaanya 4pm-9pm ni memang happy hour.

Take note gais,
Cuba fahamkan konsep yg saya nak sampaikan ni. Faham benda ni. Pastikan setiap sen yg digunakan utk fbads memang totally worth it.

FIRST

Tengah bulan, pindahkan sikit campaign geng AM ke PM. Kalau tadi ade 15 campaign geng AM, jadikan 10, 12 je. Nak off boleh off nak pindah ke geng PM pon boleh. Depends pada performance ads dan tujuan sebenar campaign tu dibuat.

Pertimbangkan sendiri.
Sebab? Kita nak betul2 letak ads kita pada waktu2 hot sahaja.

SECOND

Naikkan jumlah campaign utk geng PM. Banyakkan campaign PM yg educate bila tengah bulan. Pick yg the best dan rasa penting sahaja. Sebab masa ni orang takde duit tunggu gaji memang useless kalau banyak sangat campaign menjual.

Tak kisah la closing skill tahap dewa pon. Confirm ada sen yang terbazir. Tak kisah la dapat leads pon, confirm leads yg masuk antara leads yg kurang berkualiti. Terbazir kt situ.

Nampak serabut sikit. Tapi worth it kalau faham. Ok next!

THIRD

Towards month end, shift slowly campaign tadi. Kurangkan educate campaign, tinggikan retargeted campaign, hardselling campaign. Banyakkan campaign menjual kt geng AM dan PM.

Paham tak ni?

Dalam kata lain, kita truly maximize potensi sebenar campaign kita dengan meletakkan campaign yg sesuai pada masa dan waktu yg sesuai. PERFECT!

Tak faham? Ok, back to basic.

Kalau dulu masa kos ads sehari RM15 kita on waktu2 hot, yang ni pon sama. Konsep yg sama. Cumanya campaign yg dulu satu, sekarang dah banyak. Tak boleh guna cara yg dulu.

So sekarang tugas kita nk hidang campaign yg tepat, pada waktu yg tepat.

Nak monitor benda ni mudah je, take note waktu leads masuk. Lain niche lain customer lain produk mungkin lain caranya.

Kita cari pattern dan provekan konsep tu sesuai utk ads skala besar.

Ini sembang bilis.

[Kerja rumah saya haritu]

+ Rangka semula campaign mana yg perlu masuk GENG AM DAN PM

+ Campaign mana yg perlu switch side AM/PM masa tgh bulan

+ Campaign mana yg perlu ON only when the time is right

+ Campaign mana yg sentiasa kena ON

+ Tetapkan matriks ukuran utk setiap campaign

+ Tetapkan benchmark matriks yg perlu dicapai oleh setiap Geng AM PM

Alhamdulillah ROI saya naik, leads makin ok.
Tetapkan sendiri, buat homework sikit. Jgn malas. Sales slow jgn mencari diluar siapa kita nak salahkan.

Featured Image : Visify Facebook Advertising

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen