Dijawab oleh : Nadzri Sazali, Co-founder Moovby

Jurujual dan ahli perniagaan adalah 2 karier berbeza!

Ada beberapa sahabat aku yang bila ditanya, kau kerja apa sekarang?

“Aku buat bisnes Wakloo. Kalau kau rasa nak kembungkankan sikit perut kempis kau tu, beli lah Wakloo aku ni.”

Laa engkau ke founder Wakloo ni?

“Eh tak, aku agen je. Tapi lumayan beb bukak bisnes ni.”

Bang, bukan nak downkan kau. Tapi jadi jurujual, belum tentu jadi ahli perniagaan bang. Jurujual tanpa gaji tetap dan ahli perniagaan tanpa gaji tetap adalah 2 benda berbeza.

“Eh apahal pulak? Jual barang, dapat duit. Income aku bergantung pada kerja keras aku. Sama laa dengan bisnes lain pun!”

Salah satu sifat perniagaan adalah ianya boleh dijual. Syarikat itu sendiri, boleh dijual beli. Tidak terikat mahupun tertakluk kepada hanya satu jenis produk. Entiti syarikat punyai nilai yang tidak terlekat pada badan pemilik bisnes!

Agak agak kalau esok tiba tiba Wakloo terminate abg dari jadi ejen, atau tiba tiba bangkrup, apa nilai pada abg yg tinggal? Loyal customer Wakloo abg pun mau mengamuk bang x dpt Wakloo. Nasib abg bergantung pada Wakloo.

Lebih kurang aje bang macam kerja makan gaji. Bezanya, kerja abang fleksibel dan takde gaji tetap.

Abang pernah dengar orang jual kereta Proton, dia kata buat bisnes Kereta?

Jadi, daripada abg gigih promote Wakloo bangunkan bisnes orang lain, saya cadangkan abang BETUL BETUL bangunkan bisnes abang sendiri.

Caranya,
1) Setup satu Syarikat sendiri dulu. Syarikat PLT/Sdn Bhd bang, jangan pulak buat lesen enterprise lepastu claim syarikat. Contoh, Abang Sihat Sdn Bhd.

2) Abang nak teruskan jual Wakloo macam biasa pun takde masalah. Tapi boleh dah berhenti buat hashtag #PenjualWakloo tu.
Positionkan syarikat/brand sendiri contoh #TeamAbangSihat

3) Diversify produk. Daripada bergantung pada 1 syarikat, sekarang abang promote syarikat sendiri dan pegang 10-20 produk.

Dengan cara ni, biarpun Wakloo bungkus, brand/syarikat Abang Sihat masih mampu survive jual barang company lain. Tak perlu bina semula dari bawah! Ekuiti pun ada boleh jual.

Siapa kata, nak ada syarikat kena ada brand sendiri?
Dah sekarang abang salesman ke businessman agak agak?

CEO and Co-founder at Moovby. It is not about getting the right answers, it is about asking the right questions.

Tinggalkan Komen Anda

Komen