Dijawab oleh : Khairul Ahmad Fitri Suhaimi, Manager Raja Rimba Marketing

Kita nak tarik audience datang ke page dan baca post mudah. Yang penting pandai bina content, copywriting berapi-api, gambar merecik, boost post sikit. Like habis takda boleh dapat 100-200. Mudah kan?

Tapi kenapa conversion tu kadang-kadang tak menjadi?

Soalnya sekarang bukan kenapa takda conversion tapi kenapa kita tak build bonding dengan strangers dulu. Audience yang datang totally baru dengan ‘enviroment’ yang ada dekat page kita.

Sama macam kita juga tengah jalan tiba-tiba ada orang tahan nak menjual. Kau nak beli? Ntah macam-macam terlintas dalam hati kan?

So macam mana kita nak ubah audience dari strangers kepada visitor yang mana dia dengan rela hati akan datang ke page kita.

Kena buat sampai audience sanggup datang dan engage dengan page sampaikan ada masalah yang berkaitan. Mesti cari page kita dulu buat rujukan.

JAWAPAN = TRUST

Trust bukan datang tiba-tiba. Tapi kita kena create proses ni. Dua jenis kempen dalam proses bina trust antara kita dengan audience.

Kempen Attraction – Macam mana kita bina relationship dengan audience, ramai peniaga skip proses ni sebab nampak tak berapa penting kononnya proses ni lebih banyak habiskan modal dan masa dari datangkan jualan.

Kempen Awareness – Di mana kita mula fokus group database yang engage dengan page (dari kempen attract). Disini kita mula push untuk convert daripada targeted audience kepada prospect dan seterusnya customer.

Nampak lebih mudah proses dia sekarang kan? Cuba perhatikan cycle dibawah.

Strangers – Visitor – Target Audience – Prospect – Customer

Cycle ni nak mudah bahagikan kepada dua bermakna 2 jenis kempen. Kempen yang dimaksudkan Kempen Attraction dan Kempen Awareness.

Kempen Attraction fokus kepada Strangers – Visitor – Target Audience.

Kempen Awarens kepada Target Audience – Prospect – Customer.

1. Kenapa proses perlu ada dua kumpulan?
Supaya content yang kita nak gunakan tak bercampur aduk dan target pada stage audience yang sesuai.

2. Kenapa perlu Attract dulu baru Awareness. Tak boleh skip ke?
Supaya kau kenal audience kau, dan audience kau kenal siapa kau. Bila dah trust, peluang untuk conversion lebih tinggi

Kempen Attract ni macam mana?

1. Create content yang berkaitan dengan tips (relate dengan bisnes) dan kalau boleh gunakan content yang ada emosi.

2. Kalau proses yang tadi berjaya. Audience akan kerap visit/view page untuk cari tips. Dan disini kita patut kekalkan momentum dengan engage dengan audience.

3. Engagement yang ada lama-kelamaan akan tingkatkan trust dan keja kau lebih memudahkan untuk hasilkan satu group targeted audience.

Soal Kempen Awareness pula. Bab ni paling senang, takda apa sangat. Just boleh buat macam mana sebelum ni. Content/Copywriting boleh digunakan dalam bentuk Softselling atau Hardselling. Tak jadi masalah.

Rasa-rasa dari permerhatian ramai perniaga online di facebook yang dah tahu kempen awareness ni. Dah terlampau kerap kempen macam ni ‘jalan-jalan’ di news feed.

Paling penting soal bisnes tiada yang betul tiada yang salah, kadang-kadang dia guna ok kita guna tak ok. Kadang-kadang kita guna ngam dia guna tak ngam.

Apa yang penting dalam bisnes ni adalah learning proses. Topup, touch-up, Do and Repeat. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Featured Image : Facebook Post

Khairul Ahmad Fitri Suhaimi

Anda peniaga yg baru nak mulakan perniagaan secara online di facebook page? Cari kami – Pakar FanPage By Raja Rimba Marketing. Membantu dan menyediakan platform FanPage Targeted Audience di facebook Sejak 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen