Dijawab oleh : Dto Najib ABakar, CEO Narinar Flutherapy

“Kenapa kita perlu gunakan FB Ads?”

Hari ni saya nak bagi 5 Sebab Kenapa saya Memilih FB Ads…

1. Pelaburan rendah dah dapat results.

Hanya dengan spend kos yang rendah anda dah boleh dapat results yang diinginkan, bergantung kepada objektif iklan anda.

2. Kebolehan Sniper.

Fungsi targeting FB Ads sangat ohsem di mana anda boleh sasarkan audiens yang tepat secara geografi, demografi, sosiografi dan psikografi termasuklah interest mereka.

3. Lambakan Audiens!

Ada lebih kurang 21j pengguna internet dan 19juta Facebookers yang aktif. Dan trend sekarang, memang ramai yang
bershopping online. Mungkinkah 0.01% dari 19j ni bakal pelanggan anda?

4. Kemudahan Tracking.

Anda dapat track dengan mudah apa dan berapa yang anda belanjakan dan output yang anda dapat. Anda juga boleh monitor prestasi iklan, ROI dan banyak lagi data-data lain yang amat penting dalam kempen iklan anda.

5. Atasi Pesaing Anda.

Ambil kesempatan ke atas pesaing anda yang belum mula iklan di FB. Anda juga boleh melihat iklan-iklan
pesaing anda dan boleh buat sedikit inovasi mahupun tiruvasi.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa anda perlu mulakan iklan di FB. Cukuplah 5 dahulu.

Dah rasa excited nak beriklan di FB?

Serius cakap, anda sebenarnya perlukan ilmu sebelum start spending di FB. Takut kalau terus buat nanti tak dapat pulak result yang diingini. thanks kepada cikgu Dinor atas perkongsian ini

#TurboBisnes

Featured Image : ApartmentSEO

Tinggalkan Komen Anda

Komen