Dijawab oleh : Nidzam Harjoh. Founder BrandHack

Ok. Sebelum kita pergi terus kepada soalan di atas, jom kita tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan Brand atau Branding itu sendiri. Baru kita faham dengan lebih jelas, perlu atau tidak.

Sebelum ini saya ada buat satu survey di Facebook berkenaan dengan soalan di bawah yang berbunyi:

1. Apa yang anda faham tentang Branding? (Apa itu brand & branding?)

2. Anda rasa perlu tak branding kalau baru start bisnes?

Ternyata ramai juga yang masih ‘blur’ tentang maksud brand dan branding menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan no. 2 dengan betul. Jom kita tengok jawapan kepada kedua-dua soalan di atas.

Apa itu Brand & Branding?

Brand adalah PERSEPSI kita (apa yang kita rasa) terhadap seseorang, produk, servis dan syarikat.

So Branding adalah PROSES membina PERSEPSI tersebut dalam minda konsumer. (disamping meningkatkan nilai produk / servis)

Contohnya dalam Facebook, kalau kita nak orang nampak kita sebagai seorang yang bersifat kekeluargaan, kita akan banyakkan post aktiviti bersama keluarga dan anak-anak.

So ini juga dikira branding. Persona branding. So friends yang nampak post kita secara tak langsung akan membentuk persepsi yang kita ni family oriented.

Sama juga dengan produk, servis mahupun syarikat. Persepsi kita terhadap Milo adalah minuman coklat yang lazat yang bagi tenaga. Persepsi kita terhadap Apple pula ialah produk high-end yang unik dan lain dari yang lain. (Think Different)

So proses untuk membina PERSEPSI tersebut yang dinamakan branding.

Perlu Tak Buat Branding Kalau Baru Start Bisnes?

Yes perlu.

Sebab persepsi boleh dibentuk melalui pelbagai cara. Kalau secara online, cara paling pantas untuk bina brand ialah dengan content marketing dan storytelling.

Tak perlu keluar duit buat logo dulu pun dah boleh buat branding. Cuma kenelah FOKUS kepada domain atau industri bisnes yang kita ceburi.

Mula Bina Brand Dengan Apa Yang Kita Ada Sahaja

Kebanyakan orang mengkaitkan branding dengan latihan design, copywriting dan mesej yang gempak, world class, cantik dan menelan belanja puluhan ke ratusan ribu seperti apa yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar.

Sebenarnya kalau anda faham maksud branding seperti yang dijelaskan di atas, kalau logo anda cekai pun anda still buat branding.

Nama produk anda tak berapa sedap pun dikira branding juga. Anda ada Fesbuk page dengan timeline cover dan content yang biasa-biasa sahaja pun still dikira branding.

Sebab anda telah berjaya memposisikan dan membentuk persepsi tertentu dalam minda konsumer melalui mesej tertentu. Cumanya, sampai tak sampai, wallahualam.

Bergantung kepada how effective cara kita buat branding tersebut. Tak semestinya perfect, tapi kene sentiasa improve from time to time.

So again, ini dikira branding juga. Walaupun secara tak professional, tapi masih berhasil terutama sekali bila kita baru nak mula bisnes. Dan ini yang dinamakan BRANDING secara LEAN (mula dengan apa yang kita ada sahaja).

Belajar something? Komen. Share.

Dapatkan tiket untuk Event Lean Branding pada 15 April 2017 beserta Program Online Membership BrandHack Revelation di link ini.

2 SPEAKER JEMPUTAN

1. Hazli Khalim – Founder IM Sniper & Agym Fitness (Traffic & Conversion Expert)
2. Zamrin Md Zin – Founder BucketPay & Kuasa Inbox (Email Marketing Expert)

Brand Hack

Artikel ini dibawakan khas oleh BrandHack.

Ledakkan sales anda secara konsisten melalui gabungan kuasa branding & online marketing.

Tinggalkan Komen Anda

Komen