Dijawab oleh : Muhammad Ikhwan Ishak

Follow Up

Ya, jika anda adalah seorang peniaga online anda mesti tahu berkaitan Follow Up. Jika tidak tahu tak mengapa, saya terangkan

+ Follow Up ialah tindakan yang anda perlu lakukan untuk pastikan prospek berminat dan membuat pembelian

Memang penting ke follow up?

+ Ya, anda kena ingat! Prospek juga manusia, mereka juga sibuk dengan urusan lain sehingga terlupa offer yang ditawarkan

+ Prospek akan rasa gembira kerana mereka diingati

Bila nak follow up?

1. Selepas 1 jam

“Salam Bro, Ikhwan nak tanya
Bro masih berminat ke dengan Hipster Pomade ?
Mohon bro respon”

2. Selepas 24 jam

“Salam bro, maaf ganggu
Semalam ada tanya pasal pomade kan?
Hari ni hari terakhir promosi dan stok limited sangatttt
Sekarang saya tengah packing order, tuan nak join sekali ke packing? ”

3. Time Gaji

4. Seminggu lepas tu.

“Salam bro, maaf ganggu
Minggu lepas bro ada tanya tentang pomade kan?
Harini ada promosi gila-gila

So, jika bro buat payment sebelum pukul 11.59 malam, esok pagi kita boleh post terus
Ni offer sekali sahaja, tak buka dah. So, bro masih berminat? ”

Moga bermanfaat.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen