Dijawab oleh : Zurianee Zabidi Founder Pejuang Usahawan

Ramai antara kita yang masih tak pasti bila masa yang sesuai untuk naik taraf dari Enterprise ke Sdn Bhd.

Tiada penanda Aras yang khusus bagi usahawan untuk menaiktaraf dari Enterprise ke Sdn Bhd.

Ini cuma beberapa Tips yang saya nak kongsikan jika anda ingin menaiktaraf perniagaan mereka.

Jualan Melebihi Rm 80 Ribu Sebulan

Dari hasil pemerhatian saya kebanyakan perniagaan enterprise yang mempunyai jualan melebihi RM 80 ribu,akan membayar cukai yang lebih tinggi berbanding perniagaan yang berdaftar sebagai Sdn Bhd. Ini disebabkan pengecualian cukai untuk sdn bhd lagi banyak berbanding enterprise.

Memohon Kemudahan Pinjaman

Bagi perniagaan enterprise, peluang bagi mendapat pinjaman adalah lebih sukar berbanding Sdn Bhd. Ini disebabkan pihak bank lebih yakin dengan syarikat Sendirian Berhad berbanding Enterprise. Jumlah pinjaman untuk Enterprise juga lebih rendah berbanding Sdn Bhd

Pelabur

Jika terdapat pelabur yang ingin melabur pada sesuatau perniagaan kita, Syarikat Sdn Bhd kelihatan lebih terjamin dari segi pengurusan dan juga perundangan berbanding Enterprise.

Kurangkan Risiko Perniagaan

Jika sesebuah perniagaan itu berdepan dengan hutang yang banyak, pemilik perniagaan enterprise perlu menanggung segala hutang perniagaan itu sendiri, tetapi pemilik Sdn Bhd tidak perlu menanggung hutang perniagaan itu sepenuhnya, hanya tertakluk kepada jumlah modal yang ada dalam syarikat sahaja.

Mengembangkan Perniagaan

Perniagaan Sdn Bhd memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang sangat tinggi berbanding Enterprise. Dengan Tanggungjawab dan komitmen yang tinggi, Sdn Bhd lebih kelihatan Berkredibiliti dan mampu menarik keyakinan pihak ketiga seperti pelabur, bank, supplier untuk bersama dalam perkembangan syarikat.

Ini hanya pandangan saya berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni
Tapi sebelum bertukar dari enterprise ke sdn bhd pastikan kita tahu kos-kos yang perlu kita tanggung seperti

✅ secretarial fees
✅ accounting fee (in house atau outsource)
✅ audit dan tax fee

Pastikan matlamat kita betul. Jangan bazirkan wang dan masa kepada benda yang sia-sia.

Macam saya matlamat saya tubuhkan syarikat sdn bhd sebab saya nak besar kan lagi profile kewangan saya dan company dan juga untuk melabur lebih banyak dalam hartanah dengan membayar cukai dengan jumlah yang sepatutnya

Korang pulak kenapa nak bertukar ke sdn bhd???

#pejuangusahawan
#sayacikgucukaiawak

Zurianee Zabidi

?Saya Cikgu Cukai Awak
?Retire Young with Financial Freedom

Tinggalkan Komen Anda

Komen