Penulis : Khairul Ahmad Fitri Suhaimi.

Sifu atau Otai jarang yang akan kongsikan tips ni. Jadi, jangan baca kalau korang dah capai level tu. ?

Kenapa engagement jadi kurang bila kita share post orang lain? Tapi bila kita post semula dan tag untuk bagi kredit atau post dalam bentuk gambar dan tag, engagement akan jadi tinggi? Walaupun content yang sama.

Nanti dulu, jangan salahkan Algorithm facebook lagi. Perkara ni bukan 100% berkaitan Algorithm Facebook. Tapi 50% algorithm dan 50% lagi adalah behavior atau sifat manusia itu sendiri.

Sifat orang kita (termasuk saya) tak akan bagi kredit kepada orang yang bukan pemilik content tersebut di facebook.

Terutamanya post yg ada “continue reading”. Bila kita klik terutamanya bila menggunakan telefon bimbit, secara automatik kita akan dibawa ke pemilik post tersebut.

Jadi, apa yang akan jadi bila orang baca dan suka content tu?

Dia akan like bukan? Like pemilik post tersebut bukan di post yg kita share tu. Betul tak?

Then sekarang baru Algorithm facebook main peranan. Permainan akaun personal facebook memang begitu.

Sebab tu ramai orang mintak share post dia. Hahahaha. Dia nak sedut kau punya engagement atau audience. Faham?

Habis bab berkaitan dengan share post orang lain. Sekarang kita masuk bab tag. Kenapa tag pemilik post lebih baik?

Tag hanya akan menjadi lebih baik sekiranya orang yang kau kreditkan dan tag tu seseorang yang ada follower atau pengikut mereka sendiri.

Dia akan jadi ‘Win-Win’. Kita ada habuan, orang yang kena tag pun dapat habuan.

Sebab tu orang yang buat personal branding di facebook ni, dia bukan saja-saja ajak mengeteh, mengopi dan sebagainya. Sambil-sambil tu, dia nak sedut follower/pengikut sama. Ooppsss. Haha.

Time tu add dia. Minta dia approve. Then snap sekeping dua. Balik rumah post gambar jangan lupa tag mereka.

Apa yang akan jadi?

Facebook kau akan sedut follower/pengikut mereka. Tambah-tambah kalau dia sudi lepaskan tag post kau ke timeline dia.

Automatik akan terpampang di news feed dan post kau dekat timeline dia. Tambah-tambah bila ramai orang yang selalu engage dengan content dalam akuan facebook mereka.

Tapi dia pun dapat habuan tambah-tambah kalau kita post status dia kemudian tag untuk kreditkan. Kau tengok berapa ramai mutual friend kau dengan dia akan naik lepas tu.

Cara yang paling terbaik untuk main permainan bertukar-tukar follower/pengikut ni, selalu bekerjasama dengan mereka diluar sana. Yang penting ‘Win Win’.

Gunakan sebaik mungkin teknik ini. Walaupun tag lebih baik, share post orang lebih menghormati harta intelek mereka. Sebab tu ramai yang tak suka post mereka di salin dan tampal semula/copy & paste.

Sebaiknya, berbincang terlebih dahulu untuk minta keizinan mereka. Apa pandangan korang tentang teknik ni? Komen lah dibawah.

Jika ia dapat membantu anda, share post ini kepada rakan yang lain. Mana tahu, mereka juga ingin bekerjasama dengan anda. Haha.

Khairul Ahmad Fitri Suhaimi

Anda peniaga yg baru nak mulakan perniagaan secara online di facebook page? Cari kami – Pakar FanPage By Raja Rimba Marketing. Membantu dan menyediakan platform FanPage Targeted Audience di facebook Sejak 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen