Dijawab oleh : Zurianee Zabidi. Founder Pejuang Usahawan

Ramai yang susah nak pilih nama syarikat kan? Tambah-tambah yang baru nak mula meniaga.

Kadang2 kita pilih nama tu sebab nama tu ada makna peribadi dekat kita tapi boleh ke nama2 macam tu memudahkan perjalanan perniagaan?

Bagaimana cara yang betul untuk memilih nama syarikat?

1️⃣ Nama itu jelas dan dapat menerangkan aktiviti perniagaan kita.

Sekiranya kita nak bukak katering khas bagi majlis hari jadi kanak-kanak, nama “HAPPY BIRTHDAY KATERING SDN.BHD.” dapat menerangkan dengan lebih jelas tentang perniagaan kita berbanding Noor Catering Sdn. Bhd.

2️⃣ Mudah diingat

Kalau perniagaan anda adalah tentang menjalankan perniagaan kepada orang tempatan sahaja, nama seperti Hotel Rasa Sayang, Restoran Nelayan, Aminah Hassan Chilly Sauce lebih mudah untuk diingati.

Jangan letak nama Le Kasturi, Le Madammosaille, Graha Wisata dan sebagainya. Nama macam ni susah untuk diingati oleh penduduk tempatan.

3️⃣ Jangan guna perkataan-perkataan emosi

Nama syarikat tak sesuai kalau kita gunakan nama yang beremosi seperti Rindu Malam Express, Cafe Cinta Sayang, Sayang Awak 200% Butik, dan sebagainya.

4️⃣ Gunakan perkataan-perkataan positif.

Contoh syarikat yang menggunakan nama positif adalah Maju Jaya Ent., Syarikat Berjaya Trading, Azhar Maju Sdn. Bhd., dan lain-lain.

5️⃣ Jangan guna perkataan gabungan

Walaupun ramai yang menggunakan nama gabungan rakan2 niaga untuk nama syarikat tapi ia sebenarnya adalah tidak bagus sebab ia tidak menggambarkan aktiviti syarikat dan nama seperti itu selalu susah diingat.

6️⃣ Jangan guna nama-nama manja

Selalunya perkataan manja atau berunsur manja ini selalu digunakan oleh pengusaha produk wanita. Tapi ia sebenarnya tidak bagus untuk imej profesional.

Perkataan manja memberi gambaran keanak-anakan, lemah, tidak berdaya saing seperti Restoren Adik Manja, Manja Harapan Spa dan lain-lain.

7️⃣ Jangan gunakan perkataan Arab

Jangan gunakan perkataan-perkataan pinjaman bahasa Arab melainkan aktiviti syarikat anda memang menumpukan kepada perniagaan berkaitan agama Islam.

8️⃣ Jangan gunakan perkataan nama eksotik

Perkataan pinjaman seperti bahasa Perancis, Sanskrit, Jepun dan lain-lain yang tidak diketahui umum Boleh menimbulkan kesan kita sedang memberikan gambaran palsu dan melebih tentang apa sebnarnya yang sedang kita tawarkan.

9️⃣ Jangan gunakan istilah antarabangsa jika pelanggan sasaran adalah penduduk tempatan.

Kalau kita bukak gerai makanan di tepi jalan dan kita menggunakan perkataan seperti boutique, bar, bistro, cafe, lounge atau cuisine, perkataan seperti ini boleh memberi gambaran palsu tentang perniagaan kita.

Pertama, orang tempatan akan rasa mesti makanan di kedai ini mahal.

Kedua, nama seperti ini boleh memberi gambaran palsu berkaitan kualiti, jenis makanan, dan perkhidmatan yang kita tawarkan.

1️⃣0️⃣ Jangan over claim

Nama-nama seperti Restoran BEST FOOD atau Percetakan GLOBAL LINK sdn. bhd. adalah contoh nama yang over claim.

1️⃣1️⃣ Penggunaan Nama Diri

Nama diri sendiri sebagai nama syarikat atau produk syarikat adalah dibenarkan. Lebih baik lagi jika perkataan itu diterangkan sekali dengan aktiviti perniagaan.

Sebagai contoh, Kedai Jahit Salmah, Gerai Makan Mael Kembong, Chalet Pak Budin, Ainon Business School, Ramly Burger dan sebagainya.

P/s : Tak dinafikan memang banyak syarikat yang menggunakan nama2 manja, yang overclaim dan blh menimbulkan salah faham dan keraguan dalam bisnes.

Semoga bermanfaat. Share jika ianya boleh memberi manfaat kepada orang lain.

#pejuangusahawan

Zurianee Zabidi

?Saya Cikgu Cukai Awak
?Retire Young with Financial Freedom

Tinggalkan Komen Anda

Komen