Dijawab Oleh : Team Nak Tanya

Blog travel dapat menarik minat pembaca untuk melancong ke sesuatu tempat baru yang belum pernah mereka pergi. Pembaca akan merasa teruja dan seronok apabila membaca blog tentang tempat yang mereka sukai atau dalam perancangan untuk mereka lawati.

Untuk menulis blog travel yang mencapai jangkaan pembaca, penulis blog memerlukan pemerhatian, menulis nota-nota penting, mengambil gambar/video dan bercakap dengan penduduk tempatan serta bertanyakan kepada mereka tempat yang menarik yang berdekatan untuk menjadikan inti penulisan lebih baik.

Sebelum bermula, anda sebagai pemilik blog perlu kenalpasti apa niche yang cuba anda bawakan dalam penulisan untuk menarik minat pembaca anda.

Sebagai contoh niche, kawasan mana yang mereka mahu pergi, dalam atau luar negara, bandar atau tempat terpencil yang menarik dan terus menulis tentang niche tersebut. Setiap pembaca ada minat mereka yang tersendiri. Mereka akan menjadi membaca tegar jika anda tahu apa yang mereka minat.

Ada beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama anda yang berminat untuk menulis blog travel.

1. Melawat pelbagai tempat.

Ini adalah perkara yang pertama sekali bila anda ingin mula menulis blog berkaitan travel. Tiba sahaja anda ke sesuatu lokasi, anda perlu atur perjalanan ke pelbagai kawasan yang menarik untuk dicatatkan ke dalam nota sebelum menulis blog.

Banyakkan bertanya kepada penduduk tempatan kawasan mana yang menjadi tarikan pelancong, tempat makan yang sedap, pemandangan yang menarik dan sebagainya.

2. Pembaca mahukan penulisan yang padat dan penuh dengan informasi.

Sediakan kepada mereka fakta-fakta yang tepat. Sebagai contoh, sediakan kepada pembaca arah atau jalan yang anda ambil semasa anda dalam perjalanan ke sesuatu kawasan tersebut.

Begitu juga dengan nama sesuatu lokasi. Berikan butiran yang tepat dengan ejaan yang betul supaya memberi informasi yang berguna kepada pembaca apabila mereka teringin ke tempat tersebut.

3. Tulis jurnal.

Setiap kali anda singgah ke sesuatu kawasan yang ada pemandangan yang menarik atau kedai makan sedap, tulis segalanya yang mengambarkan situasi tersebut dalam jurnal anda.

Sebagai contoh, nama dan lokasi kedai makan yang anda makan, makanan yang anda pesan, ulas tentang rasa makanan tersebut dan sebagainya. Ini amat membantu pembaca sekiranya mereka berminat melancong di tempat berkenaan.

4. Temuramah penduduk tempatan.

Sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih mendalam tentang tempat yang anda kunjungi, jalankan beberapa temuramah dengan orang ramai dikawasan berkenaan.

Lebih banyak maklumat yang anda dapat dari orang ramai, lebih mudah untuk anda menulis blog travel yang menarik dan membantu ramai pembaca anda.

5. Pancaindera dan emosi

Pembaca akan lebih tertarik kepada penulisan yang memberi butiran terperinci dalam sesuatu penceritaan. Jadi, sediakan kepada membaca anda sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka seakan-akan mereka berada ditempat tersebut.

Sebagai contoh, anda boleh ceritakan bau bunga yang wangi ketika anda menghidunya, menangkap gambar pemandangan yang indah, merakam video aktiviti mendaki bukit dan sebagainya.

6. Pengalaman pelancong lain.

Mungkin bukan semua tempat yang anda dapat melancong dan menulis tentang tempat tersebut. Jadi, cara lain yang anda boleh buat ialah menemuramah mereka yang pernah melancong ke tempat tersebut dan tulis tentang pengalaman mereka di blog anda.

Jika mereka juga seorang penulis, minta mereka sumbangkan artikel kepada anda untuk diterbitkan ke dalam blog travel yang sedang anda bangunkan.

Ini antara tips yang anda boleh guna untuk menulis blog travel. Komen dibawah sekiranya anda ada tips lain untuk dikongsikan bersama kami dan kongsikan post ini kepada rakan-rakan anda yang lain jika bermanfaat.

Bantu kami menulis artikel baru dengan menjawab persoalan berkaitan apa sekali pun dari anda. Sekiranya anda sudi membantu, hantarkan soalan anda ke Page Nak Tanya, kami akan cuba menjawab sebaik mungkin. Terima kasih.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen