Dijawab oleh : Norman Danish Managing Director Misi Viral

KEGUNAAN BISNES KAD DALAM BISNES

Kadang-kadang bila pergi Seminar atau mana-mana Kongress yang menghimpunkan ramai prospek dan potential clients or partner, bisnes kad adalah perkara paling penting kau kena bawak selain daripada lesen kenderaan kau.

Sebab bisnes kad yang akan mengikat dan menjadi penguat ikatan hubungan kau nanti.

Selalu amalkan courtesy biasa kalau dapat bisnes kad JANGAN SIMPAN terus dalam poket.

Tapi baca dan acknowledged sesuatu dari kad tu sebagai tanda yang kita hargai dia bagi bisnes kad dia dekat kita.

Ini adalah perkara biasa kan? Biasanya lepas tengok kita pun bahasa bahasi sikit.

“Oh buat bisnes di Shah Alam ye?”

Balik terus masukkan bisnes kad dia dalam folder. Betul tak?

Sebenarnya, ada lagi perihal paling penting yang kita terlepas pandang.

Tips ni aku dapat dari seorang Dato yang terkenal dengan PR skill yang POWER.

Dato ni lepas dapat bisnes kad beliau melakukan courtesy biasa yang kita selalu buat tu.

Cuma yang luar biasa adalah balik rumah tu dia akan mesej seorang demi seorang yang dia dah dapat bisnes kad tu.

Maka hubungan itu tak terhenti sampai dekat seminar dan kongres sahaja.

Kalau balik-balik terus kita WhatsApp dan mesej, orang tu masih ingat siapa kita betul tak?

Kalau kita cari dia time kita perlukan perkhidmatan dia je, nanti dia pun lupa. “Eh ada ye kita pergi seminar sama-sama?”

Nak minta diskaun harga kasih sayang sebab pergi seminar sama-sama pun dah tak boleh dah!

Korang paham tak ni?

Komen paham kalau paham.

Share kalau paham giler
ND

Ingin Viral kan bisnes anda? Boleh terus contact team #misiviral
Watie 0108800955

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen