Dijawab oleh : Amir Faisal

5 Sebab Prospek Yang Whatsapp – Hanya ‘Seen’ & Senyap.

1. Tak Bina Hubungan Dengan Prospek

Pada permulaan whatsapp, kita seharusnya berkenalan dengan prospek terlebih dahulu.

Tanya nama, dan dari mana. Tanya apa masalah mereka.

Tujuan untuk memecahkan ‘ais’ . (ice breaking) diantara kita dan prospek, supaya prospek merasakan bahawa kita adalah kawan mereka.

Mereka boleh meluahkan masalah-masalah mereka kepada kita.

Layan mereka seolah-olah kita mengambil berat tentang mereka, dan mahu membantu selesaikan masalah mereka.

2. Tak Jawab Soalan Dengan Memuaskan

Sesetengah prospek agak skeptikal, iaitu mereka nak kita jawab soalan mereka sehinggalah mereka rasa puas hati.

Kenapa?

Sebab mereka nak tengok kita ni layak ke bantu mereka, mereka nak tengok betul ke kita ni ‘pakar’ dan boleh selesaikan masalah mereka.

semasa proses closing, kita akan bermain dengan emosi prospek.

kita akan cuba bina rapport iaitu hubungan yang erat sehingga prospek tidak menganggap kita sebagai buyer (orang luar), tapi mereka menganggap kita sebagai seseorang yang boleh membantu diri mereka. Mungkin sebagai kawan.

mereka akan lebih mudah meluahkan permasalahan utama mereka kepada kita.

kemudian, kita akan jadikan masalah utama mereka itu tadi sebagai ‘alat’ untuk membuatkan mereka percaya kepada kita bahawa kita ada produk yang mampu membantu selesaikan masalah mereka.

iaitu dengan cara tunjukkan testimoni-testimoni yang berkaitan dengan masalah mereka.

Apabila mereka lihat ada orang yang mempunyai masalah yang sama dengan mereka dan dapat diselesaikan dengan produk yang kita jual.

mereka akan lebih yakin, yakin dengan kita dan yakin dengan produk kita.

pada masa inilah mereka akan ikut sahaja cakap kita, samada kita nak suruh mereka ambil 1 unit dahulu ke atau 2 unit terus.

why? – sebab mereka anggap kita sebagai penasihat yang tepat untuk mereka.

3. Hard Sell

Mesej pertama yg kita reply kepada prospek, sudah terus memaksa prospek untuk membeli.

Prospek : salam sy berminat dgn xxx.

Seller : wslm, terima kasih, produk xxx adalah yyy, skrg ada promosi, harga asal aaa, harga promo ccc, nak beli boleh bank in ke acc rimau 12345, lps bank in sila beri resit. tq.

Agak2 prospek nak beli??

4. Tak Jawab Soalan

Sesetengah prospek agak skeptikal. mereka nak kita jawab soalan yg mereka tanya, BUKAN ABAIKAN SOALAN mereka.

sebab mereka nak tahu :

(1) kita ni ‘tahu’ ke tentang masalah mereka.
(2) kita ni layak ke nak bantu selesaikan masalah mereka.

kalau 2 kali dia tanya, tapi kita masih abaikan soalan mereka. hai hai..bai bai lah jawab nya..

walau dia tanya “pm price”.. jawab je price, kemudian start dgn ice breaking.

5. Tak Bina Hubungan

Pada permulaan mesej, 1st step adalah berkenalan dengan prospek dahulu.
.
Tanya nama, dan dari mana. Tanya apa masalah mereka.

Tujuan ice breaking antara kita dan prospek, supaya prospek menganggap kita sebagai kawan bukan seller.

2nd step, layan mereka seolah-olah kita tahu masalah yg dia hadapi, dan kita ambil berat tentang mereka, dan mahu bantu selesaikan masalah mereka.

Apabila mereka selesa dgn kita, mereka mudah ceritakan masalah mereka kpd kita.

Featured Image : iDownload

Amir Faisal

http://skripclosesale.com

Tinggalkan Komen Anda

Komen