Dijawab oleh : Nadzri Sazali Co-founder Moovby

Investor Fundraising

Apabila kita bercakap soal fundraising, ramai di antara kita yang arif dengan akta dan peraturan syarikat, yang mana mengatakan sebuah syarikat Sdn Bhd adalah sebuah entiti dengan liabiliti terhad.

Apa maksudnya liabiliti terhad? Maksudnya segala pelaburan, hutang adalah terhad kepada entiti Sdn Bhd itu sendiri dan tidak boleh melibatkan ahli lembaga pengarah mahupun pemegang saham.

Hal ini tidak terkecuali daripada pelabur ekuiti. Tiada istilah pembayaran balik daripada pemilik seandainya syarikat lingkup tanpa aset dan tunai. Itulah hakikat kebalnya entiti Sdn Bhd.

Tapi seandainya kita seorang yang lurus bak pembaris berpaksikan pada akta dan peraturan semata, dimana terletaknya nilai kemanusiaan kita?

Fundraising ini bukanlah benda yg baru. Atok moyang kita sendiri dulu dah amalkan konsep ini dimana pelaburan diambil dalam beberapa fasa, antaranya untuk memulakan bisnes dan seterusnya mengembangkannya.

Bezanya hari ini, term yang lebih popular (dalam industri tech) adalah fundraising (berbanding suntikan modal) dan terma yg digunakan adalah Pre-Seed, Seed, series A sampailah Z.

Namun, kita kerapkali lupa bahawa setiap sen yg masuk itu dilengkapi dengan pakej tanggungjawab yang perlu digalas. Bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Setiap sen perlu disalurkan untuk perkembangan syarikat.

Soalannya mudah, andai kata kita berada di tempat pelabur, apakah kita berkeyakinan untuk melabur dalam bisnes kita sendiri?

Okay, macam mana nak cari investor?

Pertama sekali, kita ada beberapa jenis investor. Antaranya :

1. Personal Investor

Kebiasaannya personal investor ini terdiri daripada 3F : Family, Friends, Fools. Mereka adalah orang yang terawal dengar idea kita dan kebiasaannya bagi duit dengan tutup sebelah mata atas dasar kepercayaan pada kita.

2. Angel Investor

Mereka ini kebiasaannya terdiri daripada orang yg ada perniagaan/karier sendiri yang berjaya. Mereka melaburkan semula kekayaan mereka kepada individu2 yang baru nak memulakan perniagaan.
Di Malaysia, salah satu badan yang terkenal untuk mencari Angel adalah di Malaysia Business Angel Network (MBAN).

3. Venture Capital

VC adalah sebuah badan/entiti yang mengumpulkan dana untuk dilaburkan ke syarikat lain. Dalam erti kata lain, mereka mengumpulkan sekumpulan wang Angel Investor/syarikat dan merekalah yang memilih dan menguruskan kemana wang tersebut hendak dilaburkan.

Umpamanya, daripada kita kumpul 10 orang angel investor untuk mendapatkan dana 1 juta, lebih baik kita cari 1 VC untuk mendapatkan amaun yang sama. Penstrukturan share, autoriti dan board seat lebih teratur daripada kita ambil duit angel satu per satu.

Tapi, kelebihan tersebut bergantung pada strategi syarikat itu sendiri. VC bukan hanya tertakluk pada individu, syarikat syarikat besar seperti Utusan turut menubuhkan entiti mereka sendiri untuk melabur di syarikat2 kecil yg lain.

Di Malaysia, kita ada Malaysia Venture Capital (MAVCAP) yang menghimpunkan para VC tertentu.

4. Equity Crowdfunding

ECF adalah sebuah konsep yg lebih kurang sama dengan VC, tapi pelaburnya adalah orang awam dengan kuantiti yg kecil. Konsep yang sama seperti Kickstarter, tapi untuk perniagaan.

Di Malaysia, kita hanya ada 8 ECF yang berdaftar dan mendapat kelulusan Security Commission (SC). Kalau tak berdaftar, boleh kena sita dengan bank negara!

CEO and Co-founder at Moovby. It is not about getting the right answers, it is about asking the right questions.

Tinggalkan Komen Anda

Komen