Ditulis Oleh : Faizal Nusaha dari Team Nak Tanya

Macam yang kita pernah dengar, ahli bisnes pondan tukar jadi lelaki dan kemudiannya jadi pondan semula. Ada yang viral itu dan ini.

Kes Nasi Lemak Anak Mami, Nasi Lemak Pondan, maki hamun produk yang tak berkesan dan sebagainya. Perasan kan?

Sebenarnya, semuanya telah dirancang dengan teliti. Kes viral dan dalam masa yang sama, orang mengenali produk tersebut tanpa dia mengeluarkan duit yang banyak untuk pemasaran.

Akan tetapi, kita kena tahu macam mana cara pemasaran ni digunakan untuk tak terus menjatuhkan jenama. Walaupun kena kecam, tapi masih boleh dibaik pulih.

So, ini cara-cara yang terbaik untuk buat pemasaran jenis ni.

1. Pilih Kempen Pemasaran Kontroversi

a. Kempen Mengejut
b. Kempen Perdebatan.

Saya terangkan dulu kedua-dua kempen ini dengan mengunakan situasi penjual durian.

Kempen Mengejut

Kempen mengejut ni kempen yang buat orang terkejut bila baca dan terus orang komen yang negatif dan share supaya orang lain boleh tahu tentang tu. Tapi kempen jenis ni susah kita nak kawal sebab kita tak ada sumber yang betul untuk kita berhujah kembali dan betulkan keadaan.

Kempen Perdebatan

Kedua ialah kempen perdebatan. Kempen jenis ni dapat bantu kita untuk baik pulih kontroversi yang terjadi. Sebagai contoh,

“Peniaga Ini Meludah Dalam Durian Sebelum Menjualnya.”

Bila orang ramai mula serang dengan komen negatif yang bertalu-talu, kita dah ada siap sumber yang kita boleh guna untuk berdebat. Contoh sumber untuk isu di atas ialah video yang menerangkan cara-cara mereka mereka perlu buat sebelum menjual durian.

Sediakan video yang seakan-akan meludah tersebut dari jarak jauh dan bila didekati, perbuatan meludah itu sebenarnya hanya meniup isi durian tersebut supaya tiada kotoran/habuk yang melekat sebelum dibungkus.

2. Kontroversi Yang Berkaitan Dengan Jenama

Bila dah pilih jenis kontroversi ni, kena lah bagi ada kaitan dengan bisnes kita. Kalau tak, rugi je. Yelah, dah heboh satu Malaysia, tapi orang tak kenal pun gerai yang jual durian tu.

Pastikan sebelum mula hebohkan, sama ada dalam bentuk gambar atau video, pasti jenama anda jelas. Ada logo atau sekurang-kurangnya nama/tempat. Contohnya,

Gerai Durian Hazwan Tu Ludah Kat Isi Durian Sebelum Bungkus”.

Nama jenama memang akan buruk pada peringkat awal, namun dengan bukti/sumber yang ada, kita dapat perbaiki dengan baik.

3. Bersiap Sedia Dengan Krisis

Bila kempen kontroversi ini berjalan, kemungkinan jualan akan jatuh, takut-takut kita tak dapat nak bayar sewa dan gaji pekerja. Jadi sebelum menjalankan kempen ini, asingkan bajet untuk bertahan selama mana yang kita inginkan sebelum memulakan perdebatan untuk perbaiki jenama.

Bila kita mula berdebat, pastikan kontroversi itu semakin reda. Gunakan media sosial dan bantuan media berita dan hiburan untuk membantu seperti page-page gergasi, website dan sebagainya.

Yang bersuara untuk membetulkan keadaan mestilah orang yang membangunkan bisnes tu. Kalau orang bawahan, memang orang tak akan dengar suara dia.

Dan yang paling penting sekali, jangan kaitkan kontroversi ini dengan orang lain selain diri kita dan bisnes kita. Kalau tak, buta-buta kena saman. Haha.

Kalau korang ada idea macam mana nak viralkan bisnes korang, kongsikan lah kat bahagian komen bawah ni.

Kalau korang rasa nak mencuba, jangan lupa kongsikan post ni dengan rakan-rakan.

Disclaimer : Kaedah pemasaran ini berisiko tinggi. Kalau tak berani, jangan cuba. Saya tak galakkan. Ini hanyalah perkongsian.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen