Dijawab oleh : Muhaimin Mohammad #Mr Hustler

5 Strategi Hasilkan HEADLINE Pukau Pelanggan

” Secara purata, empat daripada lima orang akan membaca headline dahulu sebum membaca content. Apabila headline ditulis, kita telah menghabiskan lapan puluh sen daripada seringgit “- David Ogilvy

Dalam dunia yang terlalu sibuk masa kini, bagaimana kita menggoda orang untuk membaca apa yang kita tulis ?
.
Content yang power memang wajib tetapi watak yang paling besar dalam menulis sebuah artikel ialah Headline.

Teknik menulis headline padu
Keutamaan headline selau diabaikan didalam penghasilan artikel, Ramai yang yang tidak kisah dan tidak mahu membuang masa memikirkan megenai hedline.

Saya sendiri kadang-kadang meluangkan 30 hingga 60 minit memikirkan satu headline yang bakal digunakan, dan akan membaiki lagi selepas seketika. Ini yang harus dilakukan bagi menghasilkan iklan yang mantap.
.
Jika ramuan headline yang mengancam diperlukan , sini ada beberapa teknik mudah.

1. Use Number

Nak tahu sebab kenapa ramai copywrite menggunakan nombor dalam headline mereka? Sebab ianya berkesan.

Jom buat sedikit Ujikaji:
Pergi ke pasaraya dan dapatkan beberapa buah majalah. Lihat headline yang ditulis dimuka paling depan.

Tidak kisah jika majalah itu tentang kesihatan atau media. Pasti banyak yang akan menggunakan angka sebagai permulaan headline mereka.

(Setahu saya) tidak ada syarat untuk memilih nombor yang sesuai, tapi selalunya ramai yang hanya akan ingat tiga ke lima perkara sahaja. Tetapi, kadang-kadang nombor yang besar seperi 19 atau 37 boleh menarik perhatian pembaca.

2. Guna Kata Pasif (Adjectives) Yang Betul

Ini beberapa contoh yang boleh digunakan :

– Tak perlu bersusah payah
– Cermat dan teliti
– Seronok
– Percuma
– Menakjubkan
– Penting
– Mutlak
– Pelik

3. Guna Rational Yang Unik

Jika kita mahu berkongsi maklumat, Contohnya seperti :

– Alasan- alasan
– Prinsip-prinsip
– Fakta-fakta
– Pengajaran-pengajaran
– Idea-idea
– Cara-cara
– Rahsia- rahsia
– Teknik-teknik

4. Guna APA, KENAPA, BAGAIMANA atau BILA

Ini adalah senjata utama, saya selalunya menggunakan “kenapa” dan “bagaimana” lebih kerap, kerana saya selalu ingin memujuk dan membuatkan pelanggan berkata ” YA atau OK”

Selalunya, kita harus pilih untuk menggunakan pencetus perkataan atau nombor, elakkan penggunaan secara serentak.

5. Janjikan Sesuatu Yang Menjaminkan

Janjikan pembaca dengan sesuatu yang bernilai.

Adakah kita akan ajar mereka teknik baru? Adakah kita akan pujuk mereka buat sesuatu yang belum pernah dicuba? Adakah anda akan bongkarkan rahsia yang ada?

Apa yang kita mahu ialah membuatkan pembaca membaca artikel kita. jangan janji yang bukan-bukan, jadi cool. Jadi penggoda( yang bermoral semestinya)…. Jadi bahaya.
Kemudian sampaikan apa yang dijanjikan.

CONTOH FORMULA HEADLINE

Dibawah saya tunjuk contoh-contoh formula mudah penulisan headline:
.
Nombor atau Pencetus perkataan + kata pasif (Adjectives) + Keyword + Janji

Contohnya: Lakukan artikel mengenai “Gajah Mandi”. Jadikan artikel bertajuk “Cara mandikan gajah” atau “Kenapa saya suka mandikan gajah.”

Atau guna formula diatas dan jadikan: “18 cara pelik mandikan gajah didalam rumah”

Lagi contoh menarik : Letakkan janji yang berisiko seperti “Menjual rumah anda dalam masa satu hari”

Jika guna formula diatas dan jadikan : Bagaimana ingin mejual rumah dalam masa 24 jam semudah ABC

Ramai orang tidak mahu terperangkap untuk membaca sesuatu yang bosan, pastinya mereka mahukan sesuatu yang menarik.

Hormati masa mereka, luangkan lebih masa untuk hasilkan headline yang paling menarik headline. Tapi pastikan headline itu menghuraikan segala isi didalam content sejara jujur, tetapi menarik .

Mereka pasti tidak akan menyesal, begitu juga anda.

Fuh okay, belajar something tak ?

Share boleh?

Featured Image : Headline Analyzer

Tinggalkan Komen Anda

Komen