Dijawab Oleh : Wan Muhd Syafis, DR Omboh Minyakejin4u

Antara benda tak patuh syariah ( bahasa kasarnya benda haram) yang biasa orang bisnes buat adalah fabricating scarcity.

Stok tinggal sikit lagi!
Seat ada 3 lagi!
Sampai 12 tengah malam sahaja!
Harga promosi ni hari ni je!

Padahal stok banyak je bawah katil. Dewan muat 200 orang, tapi sewa kerusi 20 je. Memang la 3 je tinggal. Kau jual ebook copypaste, jadahnya sampai tengah malam je harga. Hari ni aku tengok counter kat sales page kau still reset lagi. Aku PM pakai profile keempat aku, sama je promosi kau hari ni.

Jadi bagaimana? Reframe balik dan cerita perkara sebenar.

1. Scarcity + social proof + personalization triple shot

Instead of guna stok tinggal 3 botol lagi, cakap je berapa stok yang ada. Stok saya ada dalam 80 set, biasa sehari saya jual dalam 5-6 set. Dalam 2 minggu je boleh tahan lepas tu saya reorder.

Bila reorder, takde jaminan harga akan maintain. So kalau abang nak harga ni, order la hari ni. Deposit tanda jadi dulu takpe. Saya simpankan stok abang. Ok?

2. Scarcity + social proof + personalization

Dewan kita muat 200 pax, tapi sebab kita nak bagi lebih tumpuan, kita limit 50 pax je. Kita ada early bird ticket.

Harga sama je tapi qualify for breakaway session dengan speaker. Kalau tuan order sekarang tuan akan qualify early bird.

Ada 6 company bawak team dia sekali sebab kita ada buat simulation dan role playing. Kalau sorang je susah nak implement nanti. So berapa orang ya?

3. Offer + scarcity

Kami akan tutup seminggu awal sebab material dan hand out kami personalized dengan company tuan. Tuan niche apa ya
Ebook ini harganya RM69. Kalau beli sekarang, saya akan kurierkan buku fizikal beserta tandatangan saya PERCUMA. Saya print 40 keping je ni.

4. Scarcity + personalization

Ebook kapak ni harga RM699. Tapi saya limit 20 unit sahaja. Kenapa? Sebab sesiapa yang download ebook ini akan dapat 4 jam sesi coaching online percuma! Saya akan pastikan anda baca,faham dan implement apa yang anda baca. Sekarang saya ada 10 slot download lagi.

Sebab kita jual online, tak ada jaminan offer ni akan kekal lama

5. Scarcity + personalization

Ikut apa yang abang cerita tadi, insya allah produk ni akan bantu abang. Kalau abang tunggu lama, tangguh, kita takut melarat jadi lagi teruk. Nanti lagi banyak modal keluar. Abang ambik yang basic dulu takpe, at least start sekarang.

Abang ambik set C la, paling sesuai. Bajet pun ok kan?

Setakat copy paste skrip, memang tak boleh. Memang akan nampak sangat fake.

Tapi kalau kita jujur dan open dengan customer, we can go a long way. Apa hang ingat customer tu bodo? Semua dah sophisticated. Advance. Tak boleh nak tipu la dengan stok ada 3 botoi. Kat lazada bersepah. Hahahaha.

Featured Image : Scarcity Marketing

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen