Dijawab oleh : Norman Danish, Managing Director Misi Viral

Ini soalan paling berhantu yang menyelubungi ramai peniaga hari ini.

Ada sebab kenapa produk anda sangat bagus tapi tidak mencatatkan jualan seperti yang anda jangkakan

1. Ramai yang tidak mengetahui KEWUJUDAN produk anda.

Ini sebenarnya punca utama yang menyebabkan produk anda tidak di beli orang. Betul kan? Ya lah macam mana orang nak beli kalau orang tak tahu yang produk kita ni wujud?

Oleh itu, pastikan anda membuat marketing dan memberitahu kepada seramai mungkin dengan matlamat memberitahu kewujudan produk anda

2. Orang tahu kewujudan produk anda tapi mereka tak tahu apa nilai produk yang anda tawarkan.

Bila dah pasarkan produk bagus anda itu di group atau tempat yang ramai orang dalam Fb umpamanya, akan ada orang yang dah mula sedar kewujudan anda. Tapi ramai juga yang masih tak mencatatkan apa-apa jualan, kenapa ?

Sebab utama berlaku begini adalah kerana orang tak faham apa yang anda tawarkan. Apa masalah yang anda selesaikan.

Penyampaian anda amat buruk, tidak menarik dan membosankan membuatkan orang bukannya faham nilai tawaran, sebaliknya mereka jadi meluat dan tak sudi baca untuk lebih tahu.

Pastikan anda jelas apa yang ditawarkan. Apa masalah yang diselesaikan. Sampaikan dengan baik, ringkas dan padat serta menarik perhatian.

Tips utama untuk menarik perhatian adalah dengan memilih ayat yang menyentuh mereka yang anda sasarkan, dan bukannya syok sendiri cerita tentang anda atau perniagaan anda.

3. Orang tahu kewujudan, Orang paham Nilai produk ni tapi mereka tidak memerlukan.

Kalau anda dah buat promosi, terangkan dengan baik sampai budak darjah satupun faham, tetapi masih tak beli juga, sudah tentu disebabkan mereka tidak memerlukan produk yang anda tawarkan itu.

Kalau anda jual ubat kurus, jangan cari ND sebab ND tidak memerlukan ubat kurus. Cuba cari Abammmm Bocey, saya pasti di memerlukan ubat anda.

Fikirkan siapa yang memang perlukan produk atau khidmat anda dan fikirkan dalam kumpulan mana biasanya mereka berkumpul, aktiviti apa yang biasanya mereka sertai. Bila dah jumpa, kat situlah pelanggan sasaran anda.

4. Orang dah tahu kewujudan, Orang juga dah paham Nilai dan mereka juga sangat memerlukan produk ini tapi tidak setuju dengan HARGA.

Ini juga masalah besar yang boleh menyebabkan halangan jualan produk anda

Ertinya nilai yang ditawarkan tidak cukup menarik untuk membuatkan pelanggan sasaran anda itu keluarkan wang. Mereka rasa terlalu mahal.

Bandingkan secara terperinci berdasarkan nilai yang ditawarkan termasuklah nilai kegunaan dan juga nilai emosi atau status antara penggunaan produk anda berbanding produk pesaing.

5. Cukup lah 4 ni. Lagi 1 ND rasa anda perlu jumpa ND untuk Viralkan bisnes anda. Kami juga boleh susun aturkan sterategi untuk branding online anda.

Norman Danish

The Anchor of Misi Viral. Sudah Viral kan business? Jika belum, cari saya untuk khidmat nasihat.

Tinggalkan Komen Anda

Komen