Penulis : Hazwan Hariz

Pengiklanan dalam bentuk video adalah trend pemasaran yang terkini. Brian Halligan dari Hubspot mencadangkan 50% konten pemasaran haruslah dalam bentuk video. Beliau ialah CEO kepada Hubspot Inc.

Memandangkan sambutan hari ibu baru sahaja berlalu pergi, kami senaraikan contoh video pemasaran terbaik berkaitan dengan sambutan hari ibu.

1. Edible Arrangement

Edible Arrangement ialah satu laman yang membolehkan orang ramai membuat tempahan buah-buahan segar yang dihias dengan cantik dan kreatif sebagai hadiah.

Video ringkas yang mengisahkan tentang dua orang adik-beradik yang bersaing untuk memenangi hati ibu mereka dengan membeli di Edible Arrangement.

2. Lazada ‘Buy Me Sh*t’

Lazada ialah laman jual beli atas talian yang dimiliki oleh Roket Internet dari Jerman. Ditubuhkan pada 2012 dan kini diantara laman jual beli terbesar di asia tenggara.

Iklan kelakar dalam bentuk video mengisahkan seorang ibu yang ditemubual berkenaan hari ibu.

3. JetBlue ‘Diskaun 25% setiap tangisan’

Jetblue ialah satu syarikat penerbangan kos rendah dan yang ke-6 terbesar di Amerika Syarikat.

Video pengiklan ini mengisahkan tentang ibu-ibu yang menaiki kapal terbang dengan membawa bayi mereka. Setiap kali bayi mereka menagis, penumpang perlu menepuk tangan dan ceriakan bayi yang menagis. JetBlue akan memberi diskaun sebanyak 25% setiap tangisan.

4. Nivea

Nivea adalah satu nama yang terkenal dalam menghasilkan produk penjagaan wajah dan kulit yang ditubuhkan pada tahun 1882 di Jerman.

Video iklan yang menyentuh perasaan.

Anda ada video pemasaran tentang sambutan hari ibu lain yang menarik untuk kongsikan bersama kami, komen link video tersebut dibawah. Jika anda suka apa yang anda tengok, kongsikan dengan yang lain.

Sumber : Hubspot Wikipedia Youtube

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen