Dijawab oleh : Muhd Zulfazli, Founder Favora

Sebenarnya bagi saya ramai orang Malaysia yang masih tak faham disebabkan lemah dalam ilmu market antarabangsa disebabkan saya sudah mendalami dari umur saya 18 tahun , mari saya ceritakan.

Bank-bank di Malaysia, institusi seperti ASB dan juga Bank negara sendiri berada dalam arena FOREX itulah cara mereka buat untung di atas duit yang kita simpan.

Malaysia haramkan Forex disebabkan kejadian pada 1992 yang menyebabkan negara kita kerugian 30 billion.

FOREX atau nama panjangnya foreign exchange adalah sebuah aktiviti perdagangan matawang yang melibatkan aktiviti sesuatu negara. Tetapi disebabkan kita gunakan currency usd banyak juga news-news ekonomi US yang perlu di analisa seperti berlakunya monetory policy dan juga Non-farm payroll.

Ramai yang saya jumpa termasuk rakan “usahawan” sendiri yang dia rugi FOREX sebab sbenarnya dia tak faham apa yang dia buat. Dia tak faham cara nak analisa malahan indikator yang digunakan juga tidak tahu.

Mereka fikirkan wang, tapi bila rugi, cakap ini perjudian.

High risk, high return. No knowleddge, dont go to war.

Ada dua kategori dalam indusri ini. sama ada menjadi trader ataupun investor.

Kalau tak mampu jadi trader, jadi investor. ramai kejar nak jadi trader.
tapi malas nak buat analisa, malas nak baca news. end up lost dan menangis.

Trading melibatkan 4 element

1. trading psychology
2. technical analysis
3. fundamental analysis
4. risk management

Tiada keempat elememt ini, susah untuk menjadi seorang trader dan lupakan.

Bagi investor, jangan noob sangat skim cepat kaya pun percaya.Bila masuk bab investment , tiada keuntungan yang fix. tapi kalau ada rakan fund manager, boleh mintak untuk dia buat kiraan target percent yang korang nak

Tapi jangan melampau sangat, biasanya fund manager akan target low risk untuk fund anda selamat. 5%-15% sebulan.

Ada borang perjanjian yang dipanggil Power of Attorney. Perjanjian di antara Fund manager dan investor. Takde borang ni, kau dah kena scam.

Ramai orang melayu kita lemah dalam bidang fund management, sebab tu bila berlakunya krisis seperti tahun ini.

banyak je syarikat yang menyediakan investment dengan backup capital untuk fund management. tapi ramai tak tahu

Mereka tak tahu nak buat apa. Mereka lemah macam mana hendak memainkan sentimen duit luar dalam perniagaan mereka.

Mereka tak sedar, fund management membentuk cashflow untuk selamatkan bisnes yang tercekik.

Tapi ingat, jangan terpedaya dengan skim cepat kaya. Tiada element saya bagitahu di atas, tahulah anda sedang dikejar oleh cerita bulan bintang

Muhd Zulfadzli

Just call me Pali who was born in 96 with ambition and dreams to be the global player in digital economy era. Workhaholic. Hustler.

Tinggalkan Komen Anda

Komen