Dijawab oleh : Md Abd Fahmi Founder Glamorbell Academy

Kenapa pernah rasa puas, tu dah langgar hukum alam.

Bukan bersyukur topik kita kali ni, tetapi sebenarnya adalah gameplan atau funnel. Tetapi nak kupas pasal funnel. Terlalu luas dan ditambah pula dengan pelbagai mazhab.

“Kat malaysia ramai sifuk” ~ kata sifu

Saya takde idea la nak follow up. Saya ada pengalaman kene maki. Bila follow up je, di balas blue tick.

Macam ni lah, follow up ni sebenarnya bukan perkara baru. Pendekatan mudah. Berapa kali kita dengar sesuatu lagu yang diminati sehingga kita dapat menghafal lirik?

Saya tak sentuh untuk anda hafal sesuatu.

Tetapi saya ada buat kaji selidik berkaitan hal ini sendiri seperti yang anda lihat digambar yang saya berikan ini.

Maka jelaslah sebenarnya, follow up adalah sesuatu keperluan didalam pemasaran. Ada yang menggunakan medium seperti email (known as email marketing), tak kurang juga yang menggunakan fb ads.

Dan guna Whatsapp tujuan buat follow up juga antara medium pemasaran bagi melengkapkan 3 rukun pemasaran sebelum terhasilnya jualan.

Mesej
Medium
Media

Malah anda hanya perlu bayar menggunakan modal masa melebihi modal kewangan. Untuk menghasilkan jualan, anda perlu melengkapkan 3 rukun jualan iaitu
TAHU, SUKA & PERCAYA

Untuk mendapatkan pengisian info atau makumat supaya anda tiada (atau putus) idea semasa ingin membuat follow up. Seringlah bertanya dan hayati perasaan prospek dan pelanggan anda yang pernah menghubungi anda.

Bagi menyusun jenis pengisian info atau maklumat, saya suka ambil pendekatan dengan menggunakan istilah ini

1: Seeding (trailler)
2: Intro
3: through back
4: hardsell
5: testimony

Didalam banyak2 ni saya biasanya didalam fasa start-up buat iklan adalah dengan istilah no 4.

Tetapi bukanlah harapan akan terhasilnya jualan, cuma nak memaksa audiance itu tahu bahawa kewujudan kita dan ini adalah awarenes peringkat pertama.

Apabila telah mendapat prospek, tetapi tidak berjaya membuat jualan atau istilah saya adalah close deal. Maka anda boleh mulakan perkongsian follow up anda dengan content jenis seeding.

Setelah itu, saya berpendapat akan ada feedback atau luahan yang dilakukan oleh prospek anda. Gunakan ayat atau perkataan mereka untuk anda update di post dan copy link post anda untuk dijadikan bahan follow up di Whatsapp.
.
Mudah kan?
Engagment di page ada, engagement didalam whatsapp juga insha allah ada.

Disini, mereka yang pernah menghubungi anda perlu anda katagorikan antaranya adalah (berdasarkan amalan saya)

1: close ( tamat conversation tetapi belum membeli )
2: paid
3: repeat
4: dropship
5: agent

Sekarang, saya sudah kongsikan funnel marketing pada anda dan sebenarnya apabila anda berjaya menyusun contact sehingga level 3, ia telah menjadi funnel sale anda.

Ada yang berpendapat, untuk mengembangkan perniagaan maka kerapkan anda membuat follow up kepada pembeli anda.

Untuk mengekalkan perniagaan anda, carilah pelanggan baru.

Yang utama adalah anda perlu menjaga nisbah diantara 2 golongan pelanggan anda ini.

Featured Image : Follow Up

Md Abd Fahmi

Founder Glamorbell Academy. Helping you in marketing & sale. Generalist & expert when I touch it.

Tinggalkan Komen Anda

Komen