Pada tahun lepas, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan membantu penguna Facebook untuk mencari WIFI percuma mengunakan aplikasi mereka.

Mereka akan usahakan apa cara sekalipun untuk anda dapat masuk ke laman mereka walaupun ketika anda kehabisan data internet. Beberapa minggu lepas, Facebook telah umumkan yang aplikasi tersebut boleh digunakan diseluruh dunia.

Ini amat membantu mereka yang suka melancong dan melakukan aktiviti luar. Anda cuma perlu buka aplikasi Facebook, cari WIFI percuma di sekitar anda dan pergi melepak di sana. Yang penting, anda perlu mengemaskini aplikasi Facebook anda. Cara-caranya mudah sahaja.

Buka aplikasi Facebook

Tekan pada butang Menu yang berbentuk burger ini.

Skrol ke bawah sehingga anda terjumpa Find WI-FI, kemudian tekan.

Jika anda mengunakan Android, anda boleh buka dibahagian Apps dan tekan See More.

Tukar tetapan lokasi

 

Anda perlu tukarkan tetapan lokasi dan beri akses kepada Facebook. Caranya di Iphone,

Setting > Privacy > Location Services > Tekan butang On > Tekan di Facebook dan tukarkan ke ‘Always’.

Anda boleh lihat bulatan-bulatan merah menandakan tempat yang anda boleh gunakan WI-FI secara percuma.

Kalau anda kehabisan data internet, bolehlah anda gunakan. Bagaimana cara anda cari WI-FI percuma pula, komen dibawah. Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Kongsikan dengan yang lain.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen