Dijawab oleh : Amir Syahir

1. Anda kena tengok matlamat pelaburan anda dulu. Adakah nak melabur jangka panjang? Buat simpanan? Kumpul duit buat deposit rumah dan sebagainya.

Melabur tanpa matlamat yang jelas umpama anda nak memanah tanpa sasaran dan target.

Anda boleh melabur ASB dengan simpanan sendiri melalui buku pelaburan atau melabur ASB menggunakan ASB Financing. Melabur guna ASB Financing lagi bagus sebab anda guna OPM (Other People Money).

Pembiayaan ASB adalah instrumen pelaburan terbaik untuk anda simpan duit buat deposit rumah. Jika anda sudah ada matlamat nak beli rumah lagi tiga tahun. Anda buat pembiayaan ASB selama tiga tahun dan terminate lah. Ia juga sebagai simpanan paksa untuk anda.

2. Anda kena tahu apa itu prinsipal dan kadar keuntungan bank.

Jika anda buat pembiayaan ASB, setiap bulan anda bayar pada bank akan pecah kepada dua. Iaitu nilai prinsipal dan kadar keuntungan bank.

Ansuran bulanan = Prinsipal + Kadar Keuntungan Bank

Prinsipal = mengurangkan baki pinjaman

Kadar keuntungan bank = keuntungan bank

Katakan kita ada ASB Financing RM200K @ 30 tahun tempoh pembiayaan dengan kadar keuntungan bank 5.2%. Ansuran bulanan RM1100.

Jika pembiayaan ASB diterima pada 1 Mac 2015.

BULAN 1 (MAC)

Kadar Keuntungan Bank : RM200,000 X 5.2% X 31/365=RM883.29

Prinsipal:
RM1100-RM883.29=RM216.71

Baki Pembiayaan :
RM200,000-RM216.71 =RM199,783.29

BULAN 2 (APRIL)

Kadar Keuntungan Bank :
RM199,783.29 X 5.2% X 30/365=RM853.87

Prinsipal:
RM1100-RM853.87=RM246.13

Baki Pembiayaan :
RM199,783.29-RM246.13 =RM199,537.16

Dan seterusnya. Nilai prinsipal semakin bertambah dan kadar keuntungan bank semakin berkurang.

Nilai prinsipal ini anda punya. Ada sedang tidur dalam bank. Jika anda terminate, anda akan dapatkan balik nilai prinsipal untuk matlamat anda yang lain. Jadi, anda bayar setiap bulan tak hangus macam tu je. Ada nanti pulangan prinsipal jika anda terminate.

3. Unit Amanah berunit tetap.
Istimewannya Amanah Saham Bumiputera ini ialah harga unit tetap. Jika anda beli seunit hari ini RM1. Anda jual pada tahun 2021 pun harga yang sama. Tak berubah. Masih RM1 seunit. Anda tak akan rugi apa-apa.

Berbanding dengan unit amanah yang berharga berubah, jika anda beli seunit harga RM0.85 mungkin anda juga pada 2020 harga RM0.70 seunit. Ada naik turun.

4. Di mana lagi anda nak melabur untuk meningkatkan ekonomi dan kewangan keluarga anda? Melaburlah di tempat yang diyakini. Jika anda simpan sendiri dalam bank. Dividen bank biasa 3%. Tabung Haji dividen sekitar 6.5%. Jika anda nak melabur dalam unit amanah yang lain, dividen naik turun juga.

5. Anda mahu Rolling dividen atau Compounding?

Compounding Dividen: Dividen terkumpul tidak dikeluarkan dari ASB. Guna duit sendiri untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB.

Rolling Dividen: Dividen yang diperolehi pada tahun pertama digunakan sebagai modal untuk membayar pinjaman ASB untuk tahun berikutnya. Duit sendiri hanya digunakan untuk bayar pembiayaan ASB pada tahun pertama sahaja.

Kalau rolling, modal anda hanya setahun je kan. Tahun berikutnya guna duit bank. Anda guna OPM. (Other People Money).

Kalau nak Rolling jangan bayar sekali gus untuk setahun guna duit dividen. Rugi je. Baik hold dulu dalam ASB tu. Bayar sikit sikit.

6. Antara instrumen pelaburan yang lain dan masih relevan ialah, Amanah Hartanah Bumiputera, Tabung Haji, Produk ASNB berharga tetap seperti ASB2, ASM, AS1M, ASD dan ASW2020.

Kesimpulan.

Apa yang anda boleh buat untuk hadapi dividen ASB rendah?

1. Semak balik ansuran bulanan anda. Kadar keuntungan bank berapa. Tempoh pembiayaan berapa.

2. Jika buat ASB Financing / ASB Loan tempoh pendek. Terminate je lepas 2-3 tahun. Buat balik. Ambil tenure yang paling panjang. 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan anda lebih rendah.

3. Ambil yang tiada lock in period. Jadi anda tidak perlu tunggu 2-5 tahun untuk terminate jika tak mampu bayar.

4. Tak perlu ambil takaful jika target nak buat ASB Financing 2-3 tahun saja.

5. Buat ASB Financing cari pakej kadar keuntungan bank rendah. Contohnya 5.0%.

Nota:

ASB Financing : Pembiayaan Islamik, ada akad jual beli. (Maybank & CIMB)

ASB Loan: Pinjaman Konvensional (RHB & BSN, Affinbank)

Akhir kata, melaburlah dengan ilmu. Dan carilah seseorang yang boleh tolong guide anda.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen