Dijawab oleh : Aqif Azizan, Write To Wealth

17 poin gerak kerja pengiklanan saya.

1. Pertama, betulkan mindset. Kita jual produk atau servis bukan sekadar mahu sales RM1 juta?

2. Nombor seperti jumlah sales akan memberi tekanan negatif khususnya kepada usahawan baru. Sebaiknya tukar nombor itu kepada berapa ramai pelanggan yang perlu kita bantu.

3. Sebagai contoh, nilai jualan bagi setiap unit produk kita RM100. Untuk dapat RM1 juta sales, kita perlu jual 10,000 unit. Untuk jual 10,000 unit dalam masa 12 bulan, kita perlu jual sekitar 834 unit sebulan. Jadi, kita perlu bantu 834 pelanggan guna produk ini dalam masa sebulan.

4. Sales bukan untung bersih. Ramai orang terlalu teruja dengan jumlah sales. Ini sangat bahaya.

5. Sekarang kita cuba jawab soalan tuan secara asas. Kami akan ambil contoh gerak kerja untuk salah seorang klien kami yang berjaya jual produk kecantikan dan menghasilkan sales 7 angka setahun.

6. Perkara pertama (dan utama) adalah meyakinkan diri kita bahawa produk ini senang untuk jual.

7. Apa indikator yang perlu kami ambil tahu? Pertama, melihat pada testimonial-testimonial yang ada pada pelanggan. Kami tidak mahu sekadar testimonial berbentuk penghargaan seperti ‘terbaik, ‘memang best’, dan sewaktu dengannya.

8. Kami mahu testimonial berbentuk pemantauan sebelum dan selepas secara detail. Maksudnya, setiap proses itu ada bukti yang jelas menunjukkan perubahan ketara pelanggan.

9. Kenapa? Sebab cara paling mudah untuk dapatkan idea marketing yang berkesan adalah melihat apa yang pelanggan paling suka selepas gunakan produk kita. Ini bukan rahsia yang tuan puan kena bayar beratus ribu ringgit. Ini adalah psikologi asas manusia untuk buat keputusan pembelian.

10. Jika klien kami tak ada testimonial seperti ini, apa kami buat? Kami akan minta (bahasa kasarnya, paksa) supaya pelanggan guna dan rekodkan perjalanan mereka semasa guna produk. Kami tak kisah keluarkan banyak kos. Yang penting kami dapat benda yang kami mahu.

11. Apabila sudah ada idea, langkah seterusnya adalah menghasilkan iklan. Kami akan pilih Facebook Ads dulu untuk keluarkan kos iklan.
Sebab Facebook biasanya menghimpunkan golongan 18 ke 50 tahun. Jadi sasaran pelanggan kami ada di sana.
Kami pilih Facebook Ads bukan sebab ramai orang pilih. Kami pilih sebab kami tahu siapa ada di sana.

12. Jangan gelojoh. Keluarkan duit iklan sekecil-kecil RM50 sehari untuk dapatkan jawapan kepada soalan ini: Berapakah kos yang aku perlu keluarkan untuk dapatkan seorang customer membeli produk ini?

13. Apabila sudah dapat nombor asas, beranikan diri untuk keluarkan bajet 2 kali ganda lebih besar berbanding sebelumnya. Tapi bukan semudah-mudah itu.
Ketika buat keputusan ini, kita sudah bereksperimen lebih 10+ iklan dan mempunyai minimum 2 iklan yang betul-betul dapat memberikan hasil sales yang positif.

14. Ulang langkah-langkah ini beberapa kali dan secepat mungkin sampai kita boleh jual minimum 30 ke 100 unit sehari.

15. Formula asas dan ringkas (tapi tak senang mahu buat) yang kami mahu tekankan di sini adalah menguruskan data dan angka dengan baik. Ada hari sales akan turun secara drastik, ada hari sales naik secara drastik. Sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri.

16. Pantang larang paling penting adalah jangan berjudi. Sebagai contoh, kita berjaya jual 100 unit dengan kos RM100, jangan terus buat keputusan yang kita akan berjaya gandakan 200 unit sales jika keluarkan kos RM100 (gandaan dua) untuk 1 iklan yang sama.

17. Matematik kos iklan dan sales tak semudah itu. Lagi banyak kita eksperimen iklan, lagi besar dan banyak ruang serta peluang kita untuk bantu lebih ramai pelanggan.

Kalau tuan puan perasan, dalam semua 17 poin di atas, kami tak terangkan macam mana kami buat iklan secara spesifik.
Jika tuan puan mahu belajar dalam kelas intensif selama 7 hari (kelas khas yang bantu tuan puan buat iklan dan kempen marketing berkesan), kami cadangkan tuan puan baca tentang Sales Lab.

Mahu tahu maklumat kelas?
Bagaimana kami hasilkan lebih 100+ kempen iklan, dan spend duit FB Ads sehingga RM5.9 juta kurang 12 bulan, untuk naikkan sales bisnes klien-klien kami?

Lihat bukti akaun FB Ads secara keseluruhan di bawah dari 1hb Januari 2016 hingga 5hb Disember 2016:

(Amaran: Bukti ini sekadar untuk beritahu anda yang kami ada sedikit pengalaman yang boleh digunakan, untuk membantu bisnes anda)

KLIK SINI >> SalesLab

Aqif Azizan

CIA of Copywriting Department at Write To Wealth. Can I help you to make at least RM1 million sales this year, using our proven advertising campaign?

Tinggalkan Komen Anda

Komen