Dijawab oleh : Hazrezal Ahmad, Founder Kretiva Studio

Soalan ni adalah soalan pertama kalau org tanya aku pasal servis buat video. So aku jawab siap2 supaya boleh jadi panduan dan kau pun boleh faham kosnya bagaimana.

Tiada spesific budget utk buat video. Boleh jadi ratus2 ringgit, boleh jadi ribuan ringgit. Malah di zaman skrg pun dah boleh buat free, buat guna henfon dan apps saja. Kau buek la sendiri.

Jadi bila ditanya soalan begini, aku lebih suka tanya balik berapa budget yg sanggup client laburkan utk videonya.

Kalau kau kata RM500 maka kita fokus production yg budgetnya 500.
Kalau kau kata RM100k, kita buat la yg berbaloi dgn budget 100k.

Org buat movie yg tak best pun habis berjuta-juta.
Kau nak ada iklan yg gila gempak super cool, maka bersedialah dgn sebut harganya.

Apa faktor yg mempengaruhi kos buat video?

1. Requirement dari client.
2. Idea.
3. Peralatan.
4. Skil / pengalaman talent dan crew.
5. Muzik latar – Bukan free atau boleh diguna sesuka hati. Nanti copyright issue.
6. Kos sewa lokasi, logistik dan lain2.

Ada juga soalan kalau video 1 minit berapa kos? Kalau 5 minit berapa kos? Berapa lama siap?
Ini juga bergantung kpd faktor tadi dan juga kerumitan utk menghasilkannya.

Sebagai cth, katakan video 1 minit itu terlalu rumit hingga melibatkan ramai crew dan mengambil masa 10 hari utk disiapkan dan kosnya adalah RM10k.

Tetapi video yg 5 minit pula hanya memerlukan masa 5 hari saja utk di siapkan dgn penglibatan crew yg sedikit, dan kos pula hanya RM5k.
Nampak tak bezanya.

Struktur kerja pula akan dipecah spt berikut:

1. Idea / Concept: Perbincangan dgn client
2. Pre Production: Menyusun gerak kerja sebelum hari shooting.
3. Video Shoot: Hari shooting dilakukan.
4. Post Production: Proses editing, audio, music dll.

Walaubagaimanapun masih ada kategori Low Cost Videos.
Video spt ini lebih simple, mudah utk dihasilkan dan kurang crew (sorang pun boleh buat). Sekarang makin byk template dan plugin yg memudahkan lg kerja-kerja production.

Jika minat nak buat video, aku sarankan kau orang decide dulu 2 perkara ni:

1. Objektif dan tujuan video
2. Budget utk video.
Kemudian barulah jumpa dgn yg pakar utk discussion selanjutnya.

By Kretiva Studio

Adakah anda kekeringan idea dalam menghasilkan foto produk yang mencuri tumpuan pelanggan? Jika anda serius membangunkan jenama anda, ini adalah satu langkah yang perlu anda mulakan.

PM inbox kami sekarang untuk FREE consultation.

Hazrezal Ahmad

Seorang yang meminati dunia seni kreatif.
Bidang penglibatan adalah reka grafik, video & penjenamaan syarikat.

Tinggalkan Komen Anda

Komen