Pernah tak anda terdengar perbualan tentang mereka memiliki kelebihan mengunakan otak kiri atau kanan? Masing-masing menceritakan yang otak kanan lebih bijak dalam topik matematik dan kiri pula pandai melukis.

Pihak yang mengatakan mereka dominan otak kiri akan merasa rendah diri kerana mereka tidak dapat menjadi kreatif seperti pihak yang mengatakan mereka dominan otak kanan.

Kajian dari pakar mengatakan bahawa teori otak dominan kanan atau kiri adalah tidak benar dan ia hanyalah mitos semata-mata.

Jangan panggil saya berotak kanan atau kiri. Panggil saya manusia. Saya hanya ada otak, bukan otak kanan atau kiri. Cuma satu otak.

– tegas Neil deGrasse Tyson ketika ditemubual.

Walaupun kebiasaan otak manusia beroperasi secara adil, ada juga diantara kita yang merasakan salah satu bahagian mereka otak lebih kuat.

Sebenarnya, otak kiri dan kanan kita menjadi lebih kuat melalui latihan sepanjang kehidupan kita. Tidak ada orang yang lahir terus dikurniakan kelebihan otak seperti yang kita selalu dengar.

Perbezaan otak kiri dan kanan.

Dengan mengunakan otak kiri, anda dapat melakukan pelbagai tugasan setiap hari. Hemispera otak kiri bertanggungjawab dalam percakapan, penggunaan bahasa, berfikir secara mendalam, mengkritik dan menulis.

Otak kanan pula menjadi aktif apabila anda cuba lakukan sesuatu yang baru atau perkara yang memberi inspirasi kepada anda. Hemisfera otak kanan bertanggungjawab dalam imaginasi, visualisasi dan kreativiti.

Sekiranya anda masih belum tahu kekuatan dan kelemahan otak anda, tonton dan jawab quiz dalam video dibawah.

Sesudah anda menonton video diatas dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan otak anda, mulakan melatih otak anda dengan latihan-latihan dibawah secara konsisten.

Melatih otak kiri.

  • 1. Main puzzle dan crossword.
  • 2. Mula menulis.
  • 3. Mula koding laman web.
  • 4. Banyak buat pengiraan.

Melatih otak kanan.

  • 1. Menari
  • 2. Bersukan
  • 3. Menyanyi
  • 4. Melukis
  • 5. Meditasi

Semuanya tentang latihan. Lagi banyak anda berlatih, lagi kuat otak anda akan jadi. Tak perlu fikir yang anda tak mampu melukis disebabkan anda orang yang tidak kuat otak kanan.

Sekarang anda telah pun tahu kebenaran tentang otak anda dan cara yang anda boleh buat untuk menambahbaik. Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda.

Sumber : Entrepreneur Custom-Writing

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen