Dijawab Oleh : Ikram Al-Banjari. CEO Ikram Al-Banjari Group.

Tentu ada teknik dan cara yang boleh kita guna untuk membuatkan pelanggan suka, ingat kepada kita dan terus setia. Ini rahsianya.

i. Pelanggan suka mendapat lebih daripada apa yang mereka bayar.

ii. Pelanggan suka dapat apa sahaja kalau ia Percuma.

iii. Pelanggan suka dapat kejutan yang “sweet”.

Sebagai penjual, kita bukan sahaja menjual. Tetapi kita juga kena selalu berfikir bagaimana mahu memenangi hati pelanggan supaya mereka ada banyak sebab untuk terus membeli dengan kita. Contohnya begini,

1. Pelanggan suka tukang paip yang bukan sahaja pandai membaiki sinki, tetapi rajin pula tolong basuh pinggan dan buang sampah di dapur. Silap-silap Tuan rumah pun berkenan nak buat menantu!

2. Pelanggan suka warung jalanan yang memanggil setiap pelanggan dengan penuh hormat seperti Tuan dan Puan walau siapa pun mereka. Ini boleh dijadikan amalan.

3. Pelanggan suka Carwash yang bukan sahaja bersih cuciannya, malah disembur pula pewangi kereta yang semerbak ke dalam kereta sampai 2 hari pun masih belum hilang baunya.

4. Pelanggan suka Jurubekam yang bukan sahaja pandai berbekam, malah bantu buat semakan paras gula dan darah secara percuma pula.

5. Pelanggan suka membeli produk yang penuh kejutan, dulu kita beli Tora sebab nak tengok apa ada di dalam kotak kan ? Padahal Tora menjual bebola coklat.

6. Pelanggan suka mendapat sms kiriman kata-kata hikmah, bukan asyik sms nak follow up suruh ulang-beli sahaja. Sekarang zaman whatsapp, tuliskan content yang bukan sekadar mahu menjual.

7. Pelanggan suka dapat ekstra, beli 10 percuma 1. Basuh 10 kali dapat percuma sekali. Beli 1 percuma 1. Beli sebungkus percuma plastik. Begitulah.

8. Pelanggan suka penjual yang selalu ceria, bersemangat, pandai melayan, bercakap bila perlu dan bijak memberi cadangan. Pelanggan baru nak bertanya soalan, kita sudah jemput dia duduk dan berikan air minuman.

9. Pelanggan suka masuk ke Butik Tudung, dan diberikan sekuntum bunga ros merah apabila mahu keluar. Oh! hati mana tidak tertawan.

Suka dengan tips bisnes ni ? Kongsi lah dengan kawan-kawan. Manfaat dipanjang-panjangkan.

Ikram Al-Banjari

Betapa mulianya jiwa yang sabar dan ikhlas, yang selalu meyakini segalanya daripada Tuhan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen