Dijawab oleh: Luqman Mikhail, Penulis Gugel Jer

Anda buat pilihan, anda nak buat jualan 2000 unit atau 80,000 unit sebulan daripada 100,000 prospek yang anda ada?

Ramai peniaga sudah mahir beriklan di platform-platform laman sosial – Khususnya Facebook. Hasrat mereka untuk beriklan adalah supaya prospek mengenali produk mereka, ingat akan produk mereka dan satu hari kelak – membeli produk mereka.

Malangnya, setelah mereka melancarkan iklan mereka, didapati iklan mereka tiada respon. Kadang-kadang, mereka dapat banyak view, banyak like tapi jualan tiada.

Malahan, wujud juga keadaan di mana, iklan mereka yang dahulunya berkesan hingga membawa keuntungan puluh ribu, kini tak dapat memberikan pulangan memberangsangkan langsung.

Jika tiada pulangan, sudah tentu mereka akan rugi dengan kos iklan yang dah banyak keluar.

Sebenarnya, ini adalah masalah tipikal.

Ramai peniaga mengalami masalah ini dan ini sebenarnya boleh membawa kepada masalah besar jika dibiarkan berlanjutan. Sesuatu mesti dilakukan untuk menghentikan masalah ini.

Dengan menggunakan skil dalam Gugel Jer – Ini jawapan untuk masalah kali ini.

KEMPEN IKLAN TERBAIK UNTUK PENJUALAN PRODUK

Ini adalah pelan tindakan yang anda perlu ikut.

1. Buat Customer Avatar untuk mendapatkan Audience Sasaran yang targeted
2. Buat Like Marketing dan sasarkan kepada audience mengikut Avatar tadi
3. Setelah mencapai jumlah like yang tinggi, mulai lancarkan kempen iklan pemasaran anda
4. Jangan berhenti buat Like Marketing, jalankan serentak dengan kempen iklan

Kedengaran biasa? Saya terangkan lebih terperinci lagi.

1. Customer Avatar adalah satu persona yang kita ciptakan berdasarkan persamaan antara pelanggan-pelanggan sedia ada kita. Ianya berdasarkan pemahaman bahawa, orang yang memiliki persamaan dengan pelanggan ideal kita semestinya akan suka produk kita dan membeli daripada kita.

Untuk penerangan lebih jelas, boleh baca artikel ini – TENTANG AVATAR.

2. Setelah memiliki AVATAR untuk perniagaan kita, sudah tiba masanya untuk kita melancarkan iklan Like Marketing. Ini bermakna, kita kena hasilkan satu fanpage dan kumpulkan mereka-mereka yang menepati ciri-ciri Avatar kita.

Dengan cara ini, senang untuk kita melancarkan kempen iklan kita nanti – sasarkan iklan menjual hanya kepada orang yang like page kita sahaja.

3. Setelah mencapai jumlah like tinggi, tibalah masa untuk kita lancarkan kempen iklan pemasaran kita. Mengapa saya sebut ‘KEMPEN’? Ini kerana ia merujuk kepada beberapa siri iklan, dan bukan satu iklan sahaja.

4. Like Marketing terus menerus dilakukan kerana kita menjual bukan untuk hari ini saja tetapi selama mana kita nak berniaga.

ISI KEPADA KEMPEN IKLAN

Untuk kempen iklan kita, seperti mana sebuah novel, kita kena bermula dari pendahuluan dan mengakhiri ia dengan penutup.

DILARANG KERAS untuk terus melakukan iklan menjual kepada LIKERS page anda.

Ini adalah siri iklan yang anda kena buat.

i. Iklan bercakap tentang manfaat produk
ii. Iklan bercakap tentang testimoni produk
iii. Iklan bercakap tentang keberkesanan produk
iv. Iklan bercakap tentang authoriti produk (keluar akhbar dsb)
v. Iklan bercakap tentang harga produk
vi. Iklan bercakap tentang promosi/tawaran meleleh anda

Kempen iklan kita bermula dengan mendidik prospek terlebih dahulu tentang produk sebelum kita bertindak untuk menjual.

Seperti anda menjual dari rumah ke rumah, anda tentunya bermula dengan memberi salam dan kemudian terangkan tentang produk. Jika anda terus kepada harga produk atau tawaran, orang tak tahu mengapa dia kena bertindak membeli dengan anda.

Didik pelanggan anda tentang manfaat produk, dapatkan kepercayaan mereka dengan testimoni, keberkesanan dan juga authoriti anda terhadap masalah yang produk anda selesaikan.

Setelah prospek anda sudah terdidik dengan manfaat dan keberkesanan produk dengan disokong pula oleh testimoni dan  authoriti anda, sudah tiba masanya anda bercerita tentang harga produk anda.

Iklan tentang harga ini biasanya merujuk kepada testimoni orang yang berpuas hati dengan harga jualan produk anda, juga penjelasan mengapa harga anda sedemikian rupa.

Setelah prospek sudah tahu nilai produk anda dan menerima nilai tersebut di dalam kepala mereka, kini tiba masanya anda berikan mereka offer/ tawaran meleleh.

Katakan anda dah gebang-gebang harga RM500 adalah berbaloi, dia dah terdidik dengan harga tersebut dan otaknya sudah menerimanya – kemudiannya, datang pula iklan anda seterusnya, harga promosi RM300, dia automatik merasakan ini tawaran meleleh, tak harus dilepaskan.

Jika anda menambah lagi elemen scarcity atau urgency, dia akan merasakan tawaran meleleh ini tidak harus dilepaskan kerana akan merasa rugi.

InsyaAllah, jualan anda akan meningkat dari sini.

“SAYA TERUS BUAT IKLAN MENJUAL, DAPAT PULUH RIBU JUGA”

Biasanya, ada juga orang yang terus buat iklan menjual dan berjaya melakukan jualan. Ini adalah normal.

Namun, cara perkiraan bukanlah dari nilai jualan ribu-raban berkenaan tetapi daripada jumlah sales yang dilakukan.

Cara terus menjual ini, daripada 100,000 likers, mungkin dapat jualan 2000 unit sebulan.

Dengan cara mendidik, daripada 100,000 likers, anda mungkin dapat menjual 80,000 unit sebulan.

Mengapa?

Sebab anda tak rushing. Anda tak buat prospek meluat terus dengan muntahan iklan menjual.

Anda didik dia, bagi dia suka, bagi dia percaya dan buat dia beremosi untuk membeli daripada anda.

Anda buat pilihan, anda nak buat jualan 2000 unit atau 80,000 unit sebulan daripada 100,000 prospek yang anda ada?

KESIMPULAN

Ikuti Cara Beriklan Yang Berkesan Di Facebook
Kuasai Skil dalam Gugel Jer.
Miliki customer avatar untuk perniagaan anda.
Buat iklan like marketing untuk kumpul prospek anda untuk blast iklan kelak.
Buat kempen iklan untuk mendidik prospek dahulu dan akhiri dengan iklan tawaran meleleh untuk menjual.

Seorang Autodidact dalam bidang Internet Marketing.
Fulltime IM sejak 2014.
Penulis Gugel Jer – Panduan Kau Kena Ada Untuk Ilmu Advanced Percuma.

Tinggalkan Komen Anda

Komen