Dijawab oleh : Al Irfan Jani, Pengasas Storytelling Marketing Malaysia

Episod Pertama, boleh baca selainnya di grup, A1 Storytelling And Copywriting Club.

SPEED UP, BE UNIQUE

Saya teringat zaman blog SangPelangi dulu. Bila saya mulai dapat Follower baru, ramai yang komen kata stori saya bagus, dan berbaloi dibaca. Namun, saya mulai fikir nak gandakan lagi Follower baru. Saya tulis lagi dan lagi.

Saya sangka, pembaca ni ia akan berganda jumlahnya, dengan sangkaan ia macam teori matematik.

1 post x 30 pembaca
3 post dah boleh jadi 90 pembaca.

Itu sangkaan saya, rupanya saya tersilap.

Tulisan kita walau sebagus mana pun, kalau tak pandai kita ‘market’kan, pun tak berguna. Sama juga kalau kita ada produk paling power sekalipun, kalau tak pandai jual pun tak guna.

Saya perasan, blog saya mulai dihinggapi Otai-otai Blogger masa tu. Ingat lagi, zaman KeretaMayat, Geng Sindiket Soljah, dan ramai lagi tak terkata.

Mereka tak pernah pun promo saya di luar. Jadi, saya tak rasa mereka akan bantu saya promosi.
Lama saya perhati cara mereka. Tapi tak dapat ‘tangkap’ apa yang mereka buat selama ni, sehingga mereka popular begitu.

Sampailah, satu hari, saya temui satu blogger baru muncul. Kontennya juga bagus, maka saya boleh kata beliau punya masa depan (dalam dunia blogging) insyaAllah.

Dan paling mengejutkan, otai-otai blogger ni dah hadir lebih awal daripada saya di situ. Saya nampak komen-komen mereka ni di sana. Dan, akhirnya SAYA TERUJA. Sebab, saya dah perasan sesuatu.

BE UNIQUE!

Rupa-rupanya, SETIAP SATU komen yang ditinggalkan mereka, amat UNIK, kerana mereka kongsikan juga pandangan peribadi ke atas stori Blogger baru itu.

Dan saya perasan, blogger yang hebat pada zaman itu, MEREKA BACA SATU PER SATU posting sesiapa pun yang bagus. Dan tinggalkan komen UNIK ke atas posting itu.

Ada juga jenis Blogger tempelan, datang sebab nak promo blog sendiri. Baca pun tidak. Tapi dia pun entah ke mana.

Sejak itu, saya mulai ikut rentak ini. Saya baca posting SESIAPA PUN. Yang mana saya rasa bagus kualitinya, saya tak teragak tinggalkan jejak istimewa di sana.

Akhirnya follower saya semakin membukit, dari sehari ke sehari. Dah macam Snowball Effect, bola salji membesar tak terjangka. Hepi ke hepi?

Mana tak hepi, mereka pembaca baru yang datang, berasal dari stori berkualiti, pembaca mereka yang lain pun berkualiti. Bila komen kita pun terselit sekali di situ, maka gelombang ORANG BERKUALITI pun mulai berkumpul.

Sama juga dalam dunia FB ini. Kalau tak percaya, boleh cuba. Beri masa hingga sebulan untuk amalkan trik ini. Jangan baru buat seminggu dua, dah give up. Tak cukup zat namanya tu.

Ingat, kalau you tulis bagus, YOU DESERVED THIS. Be it. Earn it.

Boleh baca perkongsian-perkongsian saya di grup ni, A1 Storytelling And Copywriting Club.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen