Penulis : Nik Ahmad Kamal (Poknik).

Perkara yang paling utama sebelum buat ‘appeal’ untuk ‘unflag’ ialah kita betul-betul buat kerja yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Facebook.

Actor Nani Fc Page (Picture)

Actor Nani Fc Page (Picture)

Kenalpasti sebab-sebab akaun anda di ‘Flag’.

Kita jual barang yang facebook benarkan.
Kita guna kad kredit yang kepunyaan kita sendiri.
Kita buat iklan yang mematuhi syarat-syarat.

kalau kita tak penuhi 3 syarat asas ni, tak perlu buat rayuan untuk ‘unflag’ akaun anda. Membazir masa sahaja.

1. Kita jual barang yang dibenarkan.

sesiapa yang menjual produk yg facebook larang, tak payah bazir masa nak buat rayuan. Poknik ada 3 akaun yang poknik dah appeal dekat setahun, bagi macam2 dokumen. Tapi facebook masih tak ‘unflag’ sebab akaun tu penuh dengan sejarah penderhakaan kepada peraturan facebook.

2. Kita tak guna kad kredit kita sendiri.

Kalau kad kredit tu milik orang lain, pastikan pemilik kad tu jadi admin ads manager sekali. Sebab kad dia digunakan untuk billing dalam payment method.

kalau guna kad ahli keluarga kita yang lain, tapi ads manager nama kita sahaja, nama pemilik kad kredit tu tak ada pun dalam ads manager, maka lupakanlah hasrat nak buat rayuan.

Masukkan akaun facebook pemilik kad kredit dalam ads manager. Sebab kalau dah flag, akaun tu dah dibekukan dan langsung kita tak boleh nak berbuat apa-apa.

3. Kena ikut peraturan walaupun produk sah dijual.

Iklan yang kita jalankan tu, walaupun produk kita mematuhi undang-undang, perlulah mengikut peraturan pengiklanan. Jangan suka sangat ambil peluang untuk letakkan elemen yang facebook tak suka.

Sebab facebook dapat kenalpasti dengan terperinci. Baru-baru ni, iklan poknik ada gambar ‘sebelum dan selepas’ dalam bentuk konten video selalunya boleh.

Tapi yang sebenarnya facebook dah tahu, dan dia sengaja biarkan dahulu. Mungkin nak tengok atau kaji tingah laku kita ni bagaimana.

Cukup 3 iklan buat perangai macam tu, terus kena flag.

So, ini 3 perkara utama yang perlu jaga sebelum nak buat rayuan dan perlu diperhatikan sebelum menjalankan kempen pemasaran.

Jangan main main. Ada kawan poknik, sale 6 angka, main fbads. Dah ada staff dan dah ada pejabat.

Dia jual produk dilarang. Facebook flag habis akaun dia. Staff nak bayar gaji, pejabat nak bayar sewa, stok dah ada dalam 400k. Malang sekali, tak boleh jual dengan kelajuan yang sepatutnya.

Terus tutup kedai.

Bagaimana nak unflag akaun ads manager.

Berikan apa sahaja yg facebook mahukan terutamanya dokumen yang mengesahkan kita ni buat kerja yang mematuhi undang-undang.

Selalunya, poknik bagi pada facebook.

1. Gambar IC
2. Gambar kad kredit
3. Statement bank kad kredit
4. Screenshot CIMB clicks

Selepas pada tu, poknik email pada facebook support. Jagalah hubungan baik dengan sekurang-kurangnya seorang pegawai facebook support yang berpangkalan di Singapura.

Dia selalu telefon poknik untuk memberi nasihat. Dan poknik selalu hantar email dia utk minta nasihat walaupun untuk perkara-perkara kecil.

Sebab ini adalah penting supaya dia tahu kita buat kerja dengan bersungguh-sungguh untuk menepati peraturan yang facebook tetapkan dan cuba untuk tidak menyalahi undang-undang.

Jadi poknik email pada dia, minta tolong dia untuk tengokkan kes poknik.

Dia minta nombor rujukan akaun ads manager poknik dan juga rujukan profile facebook poknik yang kena ban/flag.

Apa yang dia buat ialah, dia akan berhubung dengan pekerja facebook yang bertanggungjawab mengendali isu atau hal-hal yang berkaitan “ads account disablement”.

Dan komunikasi antara mereka inilah yang sangat penting. Poknik dulu berkomunikasi secara peribadi dengan seseorang yang bernama Carmen. Sekarang ni dengan seorang yang bernama Grace.

Poknik tak berani beri alamat email Grace kepada sesiapa sebab alamat email poknik dapat setelah poknik berhubung dengan facebook untuk bantuan dan tak patut dapat melalui orang lain. Ditakuti berlaku perkara yang tak sepatutnya.

Poknik tahu ramai orang yang ada alamat email peribadi pekerja facebook, tapi silap kalau tak bina hubungan baik dengan mereka.

Insya allah akaun ads manager tu boleh dapat balik. Facebook hanya buat kerja dia supaya ‘scammer’ dapat dikurangkan. Jadi sesiapa yang suka main trick atau ‘game the system’ tu, poknik harap berhentilah.

Harap penerangan poknik ini membantu rakan-rakan. Kongsikan dengan rakan-rakan sekiranya anda rasa perkongsian ini membantu.

Nik Ahmad Kamal

Old man living life better than the young ones … Yeahh!!

Tinggalkan Komen Anda

Komen