Media sosial yang terkenal milik Facebook iaitu Instagram mengemaskini aplikasi mereka dengan membolehkan penguna memuat naik gambar mengunakan tablet atau paparan lebih besar berbanding telefon biasa. Tetapi mereka masih belum membina ciri tersebut untuk komputer.

Sudah sekian lama kami menunggu Instagram menambah ciri ini kerana ia memudahkan kami yang selalu membuat kerja mengunakan komputer seperti pereka grafik dan ahli perniagaan untuk memuatnaik banyak gambar ke media sosial tersebut.

Anda kini boleh mengunakan komputer dalam paparan seperti didalam telefon atau tablet, tetapi ia tidaklah sama seperti anda mengunakan aplikasi ini di telefon pintar kerana banyak kekurangan dari segi ciri-ciri.

Paparan biasa di telefon pintar.

Paparan di komputer.

Dalam artikel ini, kami sediakan dua cara bagaimana anda boleh memuat naik gambar mengunakan komputer. Cara kedua lebih mudah.

Cara pertama

Anda perlu mengunakan pelayar Google Chrome. Kemudian tekan CTRL + SHIFT + I (serentak).

Klik pada butang empat segi dibahagian kanan paparan.

Lepas anda tekan, paparan dibahagian kiri mengecil menyamai saiz paparan di telefon pintar atau tablet anda.

Anda boleh mula memuat naik gambar dari komputer.

Cara yang kedua (Lebih mudah)

Cara ini lebih mudah kerana anda hanya perlu memuat turun aplikasi yang telah dibina di Google Webstore.

Pertama, anda perlu buka Chrome Webstore. Kemudian muat turun aplikasi yang diberi nama User-Agent Switcher for Chrome. ‘Add to Chrome’ dan jadikan ia ‘Chrome Extension’.

Anda boleh memilih pelbagai jenis paparan yang anda mahukan. Kemudian, ‘Reload Page’.

Paparan yang anda akan lihat selepas mengunakan User-Agent Switcher

Sekarang anda boleh memuat naik gambar atau video mengunakan komputer seperti mana anda biasa lakukan di dalam telefon pintar anda.

Ada cara lain yang anda gunakan? Beritahu kami caranya. Adakah artikel ini bermanfaat untuk anda? Kongsikan.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen