Pada tahun 2017, satu permainan yang dinamakan Fidget Spinner telah menjadi tren masakini. Ia diklaim oleh para penjual bahawa permainan ini dapat menghilangkan tekanan dan membuatkan penggunanya lebih fokus.

Ia terdiri dari bearing dibahagian tengah dan diperbuat dari beberapa jenis bahan diantaranya plastik dan besi. Permainan ini diiklankan kepada mereka yang mempunyai masalah untuk fokus atau tekanan seperti mereka yang memilik autism.

Akan tetapi sesetengah pakar mengatakan ia menganggu orang dari fokus berbanding membantu. Terdapat pelbagai pendapat mengenainya.

Permainan ini pada asalnya dicipta oleh seorang jurutera mekanikal yang bernama Catherine Hettinger. Beliau telah patenkan ciptaan permainan berpusingnya pada tahun 1993 dan tamat tempoh pada tahun 2014.

Catherine memberitahu New York Post bahawa idea mencipta permainan ini datang apabila beliau melihat beberapa kanak-kanak lelaki membaling batu kepada polis di Israel.

Jadi Catherine ingin mencipta sesuatu yang dapat menenangkan kanak-kanak tersebut dari terus menyimpan dendam yang terpendam.

Fidget spinner menjadi amat terkenal pada tahun 2017 dan telah menjadi salah satu permainan yang paling banyak terjual di Amazon.

Pada April 2017, carian kata kunci ‘fidget spinner’ di enjin pencarian Google terus meningkat.

Jika anda lihat sekarang, pelbagai jenis reka bentuk fidget spinner di pasaran. Dan anda juga boleh menciptanya sendiri dengan apa yang ada di rumah anda sekarang.

Berikut adalah video dari Mashable yang akan mengajar anda menciptanya sendiri tanpa mengunakan bearing dan video seterusnya pula mengunakan bearing.

Apa yang anda perlukan ialah :

  • 3 keping duit syiling
  • 4 penutup botol
  • Sekeping Foam
  • Beberapa kertas warna
  • Lidi pencucuk
  • Gunting
  • Pistol gam panas
  • Pensil
  • Pisau

Langkah-langkahnya.

1. Ambil penutup botol dan lukis bulatan mengikut bentuk penutup botol tersebut di atas Foam.

2. Potong Foam mengikut bulatan yang telah dilukis dengan berhati-hati.

3. Gam duit syiling pada tiga penutup botol.

4. Di penutup botol keempat, tebuk satu lubang kecil.

5. Gam dan lekatkan tiga penutul botol yang telah dilekat duit syiling dikeliling penutup botol yang ditebuk.

6. Tebuk lubang pada bulatan Foam yang telah dipotong tadi.

7. Cucuk lidi pada lubang pada keratan Foam bulat yang pertama dan gam untuk kekalkan posisi Foam pada lidi.

8. Masukkan penutup botol yang telah dicantum pada lidi melalui lubang yang telah ditebuk.

9. Masukkan keratan Foam bulat yang terakhir pada lidi dan gam supaya dapat kekalkan posisi Foam.

10. Potong lebihan lidi pencucuk.

11. Potong kertas warna dalam bentuk bulat yang sama dengan keratan Foam tadi dan lekatkannya.

12. Hiasi Fidget spinner mengikut kreativiti anda.

Hasilnya tidaklah sama seperti yang anda boleh beli di pasaran, tapi anda dapat faham bagaimana asas cara ia berfungsi dan kemungkinan anda boleh mengunakan peralatan lebih baik selepas ini seperti video seterusnya dibawah.

Selamat mencuba.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen