Dijawab oleh : Ernayanee Nur Julaimi Founder De’Xandra

Soalan ni saya dapat pagi -pagi tadi seperti biasa dari stokis saya sendiri. Dan ilmu ni rasanya dah diberikan oleh ramai guru & sifu. Tapi mungkin ini adalah penambahan saya sendiri. Dan ditambah ilmu HIIM DARI SIFUFBADS baru-baru ini.

Nak jual produk sekarang ni memang ada pesaing tersendiri. Kalau takda dalam market kena wujudkan market demand. Ini adalah satu perkara yang lebih sukar dan perlukan market search terlebih dahulu.

Jadi jual produk yang ada, penuh dengan pesaing. Bagaimana nak jadi lain daripada yang lain selain kita boleh tiru strategy orang yang dah berjaya.

Ada 2 strategy yang kita perlu tahu (saya ambil contoh industri perfumes ya).

A) Jual jenama berbeza. (Sebagai Founder)

B) Jual perfumes orang, yang pesaingnya juga terdiri daripada agent-agent n stokis atau pengedar perfumes jenama itu sendiri

Pernah dengar SWOT? Ramai pernah dengar tapi ramai tak duduk dan buat betul-betul. Okay, bagaimana kita nak dapat peluang dan bertindak mengikut peluang yang ada?

1) Kaji pesaing pada S+W : STRENGHT + WEAKNESS pesaing.

2) Bagaimana nak tahu siapa pesaing yang kita perlu ambil sebagai BENCHMARK?

– perlu ambil orang yang sama taraf atau lebih tinggi. Jangan ambil yang level-level bawah. Kita akan syok sendiri sebab menang dalam pesaingan. Contoh De’Xandra kami ambil contoh JO MALONE.

3) Listkan kekuatan & kekurangan pesaing. Dari segi target market, marketing, kekuatan brand, packaging, USP dan lain-lain.

4) Jika kita adalah Stokis/Agent/Dropship, kita boleh jadikan top sales sebagai BENCHMARK. Kaji apa yang mereka buat sehingga sales mereka mencanak? Dan apa yang mereka tak buat yang kita rasa kita ada kekuatan untuk buat?

Saya lebih suka kecilkan scope kepada sales. What scope sales yang kita boleh improved selain marketing besar besaran yang dah di buat oleh HQ. Biasanya kita akan tekankan kepada service & fokus untuk kuasai kawasan.

5) Selepas listkan semua kekuatan & kekurangan. Kita baru senaraikan peluang dan ancaman untuk perniagaan kita.

6) Bagaimana nak cari peluang, dari kekuatan & kekurangan pesaing tadi. Offer better USP yang tiada pada pesaing selain kita cuba menghampiri kekuatan yang mereka sediada.

Bila kita buat sesuatu yang berbeza, biasa ancamannya mudah ditiru pesaing lain. It’s okay sebab we step ahead. We grab another peluang. sebab kita semakin creative mencari idea.

7) Banyakkan membaca. Kita akan jumpa banyak peluang. (jangan lupa baca buku saya ERNA DEXANDRA) Mana tahu banyak idea kan. Hehe. Sempat lagi kan. Yang penting membaca.

8) Selain tu, pastikan pula apa marketing kita yang convert sales paling banyak. Katakanlah FBads, dah betul-betul gila powerful teknik kita ada? Kalau takda baru buat basic dah dapat result baik. Baiklah kita pergi belajar lebih dalam.

Means kuatkan kekuatan yang boleh convert sales lagi. Selain kita fikirkan marketing lain yang semuanya kita ada basic. Adeh, penat pula nak fokus banyak marketing sehingga duit abis. Sedangkan 1 teknik boleh pulun lebih banyak.

P/S : Jangan sekali cuba-cuba tanpa ilmu melainkan cuba-cuba itu free. 🙂 Hehe.

Okay. Kita kene kaji, faham dan bertindak, Kalau perkara diatas kita tak buat, bagaimana lagi kita nak bersaing lebih creative.

Paling-paling USP kita murah & kita duk bandingkan saja. Aku ader ni. Dia takda ni. Aku ada itu dia takda itu. Alahai.

TOGETHER WE ARE ONE
WE ARE RICH & SUCCESSFUL

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen