Dijawab oleh : Muhammad Muhsin Ab Aziz, CEO Necro Studio

TIPS UNTUK HIDUPKAN FANPAGE ANDA

Bagi siapa yang bisnes online. Situasi yang paling best dapat sales. Nak pula kalau sales tu zero kos. Maksudnya tak perlu spend marketing untuk dapatkan prospek..

Yang berbisnes online majoriti ada fanpage. Sebab nak set fb ads kena ada fanpage. Tak macam dulu guna profile pun boleh boost post. Sekarang guna fanpage.

Dah set ads post tu akan bertebaran ke atas target audience. Kita akan dapat respon. Salah satunya liker fanpage. Jadi kita nak convert likers page jadi buyer.

Antaranya kena maintenance page anda. Macam mana nak maintenance fanpage?

1. Update post kat page minima 2x sehari:

Kena update setiap hari page anda. Pagi dan malam. Baru likers tau page anda hidup dan anda berniaga. Update se simple dan se santai post waktu pagi dan hardsell waktu malam.

2. Timing nak update:

Nak update ada waktu yang di recommended untuk post. Lain sifu lain mazhab dan saya bukan sifu hanya punya pengalaman. Berdasarkan pengalaman saya ada 4 timing yang kena update page anda

– Pagi = 6.30 pagi – 9 pagi
– Tengahari = 12.30 – 3 petang
– Petang = 5.30 petang – 7 malam
– Malam = 8.30-11 malam
**nak update lebih pun takpe lagi bagus

3. Gambar mesti ada untuk setiap post:

Nak orang perasan post tu mesti ada gambar sekali. Yang penting relate dengan post.

4. Cover photo dan DP page tukar sebulan sekali:

Tukar la DP dan cover phoro supaya prospek nampak page anda kemas dan teratur serta menarik.

5. Setiap komen mesti reply walaupun tak berkait produk:

Reply je apa pun janji reply walaupun diorang tag nama kawan kita reply terima kasih.

7. Buat 1 post tentang produk dan pin post:

Post pasal FAQ, cara guna dan penerangan tentang bahan dalam produk.

Ok la tu je saya nak share harini. Harap bermanfatat..

Boleh share, like dan komen.

Featured Image : Active Facebook Page

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen