Terdapat beberapa jenis artikel yang boleh anda tulis untuk menyampaikan berita, mencerita pengalaman, mengajar orang melakukan sesuatu dan sebagainya.

Walaupun kesemua jenis artikel ini berbeza dan unik akan tetapi ia berkongsi ciri-ciri yang sama iaitu cara membentuk artikel, melakukan kaji selidik, menulis dan menyunting penulisan artikel anda.

Dengan menulis artikel dengan cara yang betul, anda berpeluang untuk berkongsi informasi yang penting dan menarik kepada pembaca.

1. Kenal pasti jenis artikel.

Fikirkan jenis artikel yang ingin anda guna untuk sampaikan maklumat. Bukan semua topik sesuai anda tulis dalam satu jenis artikel. Terdapat jenis-jenis topik yang memerlukan jenis artikel yang berbeza dan bersesuaian.

Berikut adalah jenis artikel yang biasa digunakan :

  • Berita : Jenis artikel ini anda perlu membawa fakta-fakta yang terperinci tentang sesuatu yang terjadi atau apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Biasanya ia perlu ada 5W dan 1H iaitu Who(siapa), What(apa), Where(dimana), When(bila) dan How(bagaimana).
  • Ciri-ciri : Artikel jenis ini pula selalunya akan ditulis dengan lebih kreatif berbanding artikel jenis berita. Ia boleh jadi anda menceritakan tentang perjalanan hidup seseorang, tempat yang menarik, makanan yang sedap dan sebagainya
  • Editorial : Artikel yang menyajikan pendapat pandangan penulis berkaitan sesuatu isu atau topik.
  • Bagaimana : Artikel ini pula menerangkan kepada pembaca bagaimana hendak melakukan sesuatu dengan memberi arahan dan informasi untuk menyiapkan tugasan tersebut.

2. Fikir dengan mendalam

Buat satu list topik-topik yang anda rasa berpotensi menarik minat pembaca. Kemudian, tanyakan kepada diri anda soalan-soalan berikut :

  • Apa yang buat anda berminat dengan topik ini?
  • Apa poin yang biasanya orang terlepas pandang tentang topik ini?
  • Apa yang anda mahu orang lain tahu tentang topik ini?
  • Sebagai contoh, jika anda ingin menulis tentang kebaikan makan sambil duduk, anda akan beritahu diri anda, “Orang ramai patut tahu tentang kebaikan makan sambil duduk. Banyak yang terlepas pandang tentang kebaikannya.”

3. Tulis sesuatu yang anda minat

Pastikan anda mempunyai minat yang mendalam tentang topik yang ingin anda tulis. Semangat yang anda tunjukkan dalam penulisan anda membuatkan pembaca lebih tertarik untuk melibatkan diri dengan memberi komen dan sebagainya.

4. Buat kaji selidik

Jika anda tak tahu dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik, rajinkan diri anda untuk menaip kata kunci yang berkaitan topik tersebut di kotak enjin carian terbesar di dunia iaitu google. Ia akan membawakan kepada anda sumber-sumber untuk anda jadikan bahan rujukan.

Biasakan juga ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan bacaan melalui buku dan sebagainya. Baca sebanyak mungkin tentang topik yang anda ingin tulis dalam artikel.

5. Cari sudut yang unik

Bila anda sudah tahu topik yang spesifik yang ingin anda tulis, cuba fikirkan cara bagaimana artikel anda boleh mendapat perhatian pembaca.

Jika topik yang anda pilih sudah ada orang lain yang menulis tentangnya, cuba jadi unik dalam cara anda mendapatkan sumber dan bahan untuk artikel anda.

Sebagai contoh, ada artikel orang lain yang sama topik dengan membawakan sumber dan bahan rujukan dari buku, anda pula boleh cuba dengan merujuk orang-orang yang pakar dan berpengalaman dengan merakam perbualan sebagai sumber bahan rujukan untuk artikel anda pula.

Semoga dengan 5 tips ini, anda dapat mencipta idea yang baik untuk artikel yang menarik. Kongsikan jika ia bermanfaat.

Bantu kami menambah artikel-artikel baru ke Nak Tanya dengan menjawab soalan dari anda. Hantarkan soalan anda untuk kami jawab di page.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen