Perkongsian : Azlina Sukardi

Jom belajar masak. Yang dah pakar tu, tak payah lah tengok haha. Asas saja ni. Sambal sotong cili padi memang best kalau makan dgn nasi dan ayam goreng. Renjis kicap manis sikit dekat ulam timun pun dah cukup sedap.

Resepi yang cukup mudah dan cepat untuk disiapkan. Tak perlu ada kemahiran tertentu pun. Jom tengok apa yang anda perlukan untuk sediakan Sambal Sotong Cili Padi.

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Sotong yang dibasuh bersih
2. 30 cili padi
3. 4 ulas bawang merah
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 sudu besar gula
6. 1 sudu kecil garam
7. Minyak masak
8. Asam jawa

Cara-cara menyediakan

1. Basuh sotong

Basuh sotong sehingga bersih dengan mengunakan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir.

2. Tumbuk

Masukkan 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan seberapa banyak cili padi yang anda mahukan. Kali ini, saya akan masukkan 30 tangkal cili padi sebab saya sukakan masakan yang pedas. Kemudian tumbuk sehingga lumat.

Tips, masukkan sedikit garam untuk melumatkan lagi bahan yang ditumbuk.

3. Tumis

Setelah siap ditumbuk, tumis semua bahan-bahan tadi. Tumis sehingga warna bawang bertukar keperang-perangan. Tumis sehingga naik minyak, kemudian masukkan 1 sudu besar gula.

4. Masukkan sotong

Bila sudah garing, masukkan sotong yang telah anda basuh basuh bersih tadi kemudian gaul.

Tips, daging sotong akan menjadi liat sekiranya anda masak terlalu lama.

5. Masukkan air asam jawa

Masukkan perahan asam jawa dan biarkan selama dua minit.

6. Siap

Sudah siap! Ia sesuai dihidangkan bersama nasi putih dan ayam goreng. Boleh tambah ulam-ulaman jika anda nak.

Kongsikan resepi ini kepada yang lain dan PM kami jika anda juga ingin sumbangkan resepi.

Anda boleh ikuti penyumbang resepi di Azlina Sukardi

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen