Dijawab oleh : Adam Raffi, Peneraju Rangkaian Perniagaan Ayawan

Soalan ini sebenarnya terlalu general dan saya bukanlah orang yang suka memberi jawapan secara ‘blanket advice’.
Tapi, sebelum tu saya rasa kita patut faham apa beza Strategi, Taktik & Teknik.

Kita ambil contoh dalam satu permainan bola sepak, di mana salah satu Key Activity di dalam padang adalah menghantar bola (passing the ball)

Strategi adalah merujuk kepada KENAPA kita menghantar bola?

Taktik adalah merujuk kepada BILA kita patut menghantar bola dan kepada SIAPA?

Teknik adalah merujuk kepada BAGAIMANA bola tadi dihantar? Samada leret, lambung atau dengan rembatan deras.

Berbalik kepada bagaimana membuat sales di platform online? Saya tak akan jawab terus kepada FB Ads kerana online marketing bukanlah FB Ads (sahaja).

Jika jawapan teknikal seperti membuat copywriting, keyword, gambar dan setting saya berikan hari ni, ianya tidak menjamin berkesan minggu depan.

Pertama sekali sebelum membuat sales, kita perlu kenalpasti bagaimana memasarkan (marketing) di platform online. Segala maklumat dalam usaha memasarkan ini akan dapat membantu mengenalpasti pembeli kita.

Taktik pemasaran yang boleh dilakukan di platform online adalah
+ FB Ads
+ FB Group
+ FB Page terkenal
+ Instagram
+ Wechat
+ e-commerce website
+ Google adwords
+ Minisite produk
+ blog / blog review

 

http://appssensation.com/services/social-media-marketing

 

Kesemua taktik pemasaran yang dibuat dalam platform di atas perlu dibuat dengan strategi yang betul dan berkesan. Ianya tidak boleh dibuat berasingan tanpa memikirkan kaitan antara satu sama lain.

Menyusun strategi penggunaan platform di atas perlu dibuat secara bersepadu (integrated marketing)
Pada pendapat saya, tidak ada satu platform yang akan perform lebih baik dari platform lain dalam hal ini. Yang ada hanyalah penetapan Objektif dan ROI calculation di atas kempen.

Perasaan jatuh cinta pada satu platform yang perform akan membunuh bisnes kita.

Kempen dirangka dengan menggunakan kesemua platform di atas pada waktu yang tepat.

Ini yang kita namakan teknik. Taktik dan strategi yang digunakan pada waktu yang salah tidak akan menjadi teknik yang berkesan.

Sebagai contoh:

Kempen 1 : e-commerce

1) Bayar seramai mungkin blogger untuk review kaedah pembelian produk X di e-commerce kita, ABCMall.com

2) Bina instashop Produk X dan ABCMall.com. Buat instaads & instagran review untuk market membuat pembelian di ABCMall.com

3) Bina beberapa FB Page Produk X dan FB Page ABCMall.com. Lancarkan kempen FB Ads supaya market membuat pembelian di ABCMall.com

4) Buat satu post tentang Produk X dengan CTA untuk buat pembelian di ABCMall.com. Share setiap hari ke FB Group yang sesuai

5) Kenalpasti market yang melawat ke ABCMall.com. Maklumat ini sangat penting untuk kempen kempen yang lain.

Kesemua kempen pemasaran meletakkan jumlah leads sebagai ROI nya

Selepas itu, barulah aktiviti sales akan mengambil alih market yang telah dihalakan ke channel jualan samada e-commerce website, whatsapp atau channel lain.

Semua aktiviti sales meletakkan jumlah pembelian per leads sebagai pengiraan ROI nya

CHANNEL PROPOSITION

Dalam usaha kita mengenalpasti channel pemasaran dan revenue stream kepada aktiviti sales kita, kita akan cenderung bergantung kepada satu satu channel disebabkan ianya trend atau ianya nampak seperti memberi jumlah jualan terbanyak pada kita

Ingat pesanan ini, jangan biarkan satu satu channel menguasai lebih dari 50% proposition dari jualan kita. Apa yang menguntungkan kita hari ni mungkin akan merugikan kita di masa akan datang.
Sediakan beberapa channel duit masuk (revenue stream) supaya setiap channel tidak memegang lebih dari 50% proposition.

BAGAIMANA STOKIS MEMBUAT JUALAN TINGGI

Satu kelebihan menjadi stokis ialah (sepatutnya) kita mempunyai margin untung yang cukup untuk kita berkongsi dengan satu level lagi di bawah kita dalam bentuk ejen atau dropshipper.

Jadikan system atau team kita sebagai salah satu dari revenue stream kepada bisnes kita.

Untuk memiliki 100 orang ejen atau dropshipper yang aktif memberi jualan setiap hari, kita perlu merekrut 500 orang ejen atau dropshipper ke dalam sistem kita.

Secara ringkasnya, ia perlu dibimbing dengan
+ Sistem
+ Group support
+ Bimbingan ilmu dari segi kelas atau perkongsian dari HQ
+ Coverage pemasaran untuk dimanfaatkan ejen/dropshipper
+ Lantik leader jika perlu
+ Tawarkan reward pada team

Akhirnya jika dapat peratusan ideal seperti contoh,
30% jualan datang dari whatsapp 40% jualan datang dari e-commerce 30% jualan datang dari system ejen/dropship.

Bisnes kita berada dalam perkembangan yang sihat

Tugas kita setiap hari adalah untuk mengawal perkembangan ini dan melihat pada peluang peluang baru untuk JV atau peluang pemasaran baru untuk dicuba.

Disclaimer : Cara yang ditunjukkan dalam jawapan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman rakan rakan terdekat. Ia bukanlah jawapan muktamad pada setiap bentuk perniagaan dan produk.

Adam Raffi

Practitioner to the bone. Not a motivator. Anti audience bullshitter.

Tinggalkan Komen Anda

Komen