Dijawab Oleh : Nisa Aina, Pengurus Khidmat Pelanggan.

Kepercayaan pelanggan terhadap bisnes kita tak dapat dibina dalam masa sehari. Ia memakan masa dan mungkin bertahun untuk buat pelanggan anda percaya sepenuhnya dengan bisnes anda.

Nama bisnes yang buruk tak dapat diatasi dengan pengiklanan yang banyak seperti kebanyakkan bisnes yang lakukan hari ini sebab kita tak dapat paksa pelanggan untuk percaya kita.

Ia perlu diatasi secara semulajadi. Berikut ada 5 cara untuk kita bina kepercayaan dari pelanggan kita.

1. Tingkatkan Ciri Keselamatan

Buatkan pelanggan rasa selamat bila membeli dengan anda. Jika anda ada website menjual, pastikan website anda ada ciri-ciri keselamatan seperti pengunaan SSL, pembayaran yang dipercayai seperti Paypal, Onpay dan sebagainya.

Website yang kemas dan cantik juga buatkan orang percaya dengan bisnes/website anda. Luangkan masa atau laburkan sedikit wang untuk menambahbaik website.

2. Aktif Di Media Sosial

Bila aktif di media sosial, ramai orang akan tahu kewujudan bisnes anda. Orang akan tahu ‘Siapakah’ jenama dan apa bisnes yang anda jalankan.

Anda juga dapat berinteraksi dengan pelanggan dan bakal pelanggan di media sosial, post berita terkini, testimoni, video dan gambar untuk nampakkan bisnes yang dijalankan aktif.

3. Menepati Janji

Bila dapat pelanggan yang membeli, pastikan amda menepati janji.

Sebagai contoh, “Produk kami akan sampai ke rumah Puan lagi 3 hari lagi”.

Malangnya, bila masalah berlaku dan produk tak sampai kepada pelanggan dalam tarikh yang telah dijanjikan. Maka ini boleh menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan dengan bisnes anda.

Cara yang terbaik ialah, bila dah tahu yang produk anda dianggarkan sampai 3 hari, maklumkan kepada pelanggan anda yang produk yang dibeli akan sampai dalam masa seminggu untuk elakkan masalah penghantaran lewat berlaku.

Sekiranya produk anda ada tarikh luput lagi 2 tahun, katakan kepada mereka tarikh luput hanya 1 setengah tahun sahaja. Ini adalah langkah selamat dari kita kehilangan kepercayaan pelanggan.

4. Khidmat Pelanggan

Berkhidmat kepada pelanggan kehabis baik. Jangan bila pelanggan dah membeli, dibiarkan mereka begitu sahaja. Layan semua persoalan dari mereka. Jika tak sempat atas sebab urusan perniagaan lain, upah pekerja yang hanya untuk melayan pelanggan. Ini amat penting sekiranya anda penat mencari pelanggan baru setiap hari.

Biasanya apabila pelanggan sudah membeli dari anda, banyak soalan yang akan mereka tanyakan. Sediakan nota Frequently Asked Question(FAQ) atau soalan yang selalu ditanya untuk menjawab soalan mereka. Layan pelanggan dari hati ke hati dan jangan gunakan skrip seperti robot.

5. Komunikasi

Jangan tinggalkan pelanggan yang sudah membeli dari anda begitu saja. Lebih banyak berkomunikasi dengan pelanggan, lebih baik untuk bisnes untuk berkembang. Anda dapat tahu apa yang baik dan buruk untuk diperbaiki.

Jadi lebih terbuka dengan mereka. Ceritakan kepada mereka apa hala tuju bisnes anda dan sekiranya ada masalah yang berlaku, minta maaf kepada mereka. Yang penting, berkomunikasi seperti manusia kepada manusia dan bukan robot.

Tak ada bisnes yang boleh buat pelanggan percaya dengan cepat. Semuanya memakan masa. Harap 5 cara yang kami kongsikan ini dapat membantu anda membinanya dengan lebih cepat dari biasa.

Kalau ada cara lain selain diatas, kongsikan dengan kami dibahagian komen. Dan sekiranya artikel ini membantu, kongsikan dengan yang lain.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen