Dijawab oleh : Azlina Othman, Founder Lina Othman Consultancy.

Kalau sepuluh tahun dahulu cara yang terbaik untuk meningkatkan sales adalah dengan banyakkan sales aktiviti di luar dan juga kita mesti aktif dalam team sales monitoring.

Kebanyakkan pendekatan sales kita adalah offline method. Pada zaman sekarang dalam apa jua sales industri yang kita terlibat, kita mesti menggunakan kelebihan yang ada dalam EKONOMI DIGITAL.

Zaman semua di hujung jari dan lebih memudahkan semua pihak. Nak tak nak memang kita kena terlibat dan mahirkan diri dalam memaksimumkan penggunaan online medium. Tetapi offline aktiviti juga harus lah selari dan sama aktif dengan online aktiviti juga.

OFFLINE YANG PALING KRITIKAL IALAH MONITORING SALES TEAM AKTIVITI

SALES MONITORING AKTIVITI

Ramai yang dalam bidang sales ni ada banyak kebebasan di luar ,kalau sibuk sangat seharian bukan nya bermakna aktiviti itu akan membawa kearah peningkatan sales.

Ada ramai yang buat buat sibuk dan tak produktif langsung. Sebagai ketua kita mesti ada sales monitoring sistem untuk kita rekodkan.

Mesti ada SALES KPI.

Kesemua aktiviti mereka sepanjang hari mestilah yang akan menyumbangkan kearah CLOSE CASE!

Contoh jika seorang dari sales staff kita berjumpa 5 orang satu hari mesti akan membawa kepada satu close case! Ini adalah ratio yang biasa.

Apa sahaja aktiviti Sales yang kita buat sekarang ini mesti ada KPI dan mesti dipenuhi.

Jika mereka sibuk seharian tetapi masih tidak close sale mesti ada yang tak kena. Sebab itu mesti ada AKTIVITI REKOD. Setiap hari WITHOUT FAIL mesti report dengan ketua.

MANFAATKAN KELEBIHAN ONLINE

Di online juga kita memerlukan KPI untuk kita mengukur keberkesanan aktiviti kita. Mesti ada KPI juga.

Contoh berapa kali kita update sosial media kita dan berapa ramai yang PM untuk maklumat lanjut.

Syarikat kita mesti ikut TREND ini . TREND online. Ramai juga yang dah buka kedai buku semenjak 10-20 tahun lepas tidak mahu UPGRADE cara mereka ber bisnes. Ini adalah satu kerugian yang amat besar.

Ingat teknologi ini bukan untuk golongan muda sahaja tetapi golongan yang berusia juga.

Sebelum nak singgah ke kedai atau order online banyak maklumat yang mereka ingin tahu dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

1. Setiap Syarikat mesti ada akaun khas untuk FB, IG, TWITTER dan semua medium social yang lain.

Update setiap perkembangan aktiviti jualan dan marketing setiap hari.

2. Jika tiada aktiviti seumpama itu kita boleh berkongsi review setiap buku hot seller yang kita ada.

3. Lantik staff khas untuk sosial media cum content writing.

Jika kita sebagai ketua tidak mempunyai masa untuk aktiviti ini kita boleh dapatkan staff khas untuk bahagian sosial media khas untuk content writing.

4. Kita boleh juga dapatkan review dari pihak ketiga tentang buku yang pernah mereka beli sebagai usaha mereka kita boleh tawarkan kupon dan sebagainya.

5. Jangan lupa kumpulkan database pelanggan anda juga terutama email mereka. Dapatkan maklumat tersebut jika mereka datang ke kedai sama ada offline atau online.Ini adalah lubuk emas kita.

Sebenarnya banyak sangat lagi idea untuk meningkatkan jualan buku,rasanya boleh google tetapi jawapan di atas adalah dari hati Kak Long.

Baca lebih banyak artikel Kak Long di Cerita Kak Long

Lina Othman Consultancy. Sales Advisor For Corporate and Individual.

Featured Image : Increase Sales

Azlina Othman

SALES CONSULTING – TRAINING – COACHING – RICH and RIGHT MINDSET – EXPLORER.

Tinggalkan Komen Anda

Komen