Dijawab oleh : M Ariff Khalid, Founder Akademi Ariff

Cara terbaik untuk personal branding ialah dengan kerap munculkan diri dengan nama dan muka sebenar di ruang social media seperti FB, instagram dan twitter.

Langkah yang simple anda boleh mulakan untuk personal branding ialah pertamanya yang paling penting ialah

1. Guna Muka dan Nama sebenar

Tips untuk gambar profile,
Pastikan gambar close-up dari dada dan ke atas yang nampak jelas muka dengan senyuman paling friendly anda.

2. About

Mengemaskini ruangan ‘About’ di profile dengan bisnes atau karier yang anda mahu jenama atau ‘brand’ kan diri anda. Jangan lupa letakkan link ke website juga diruangan ini.

Saya ada sediakan langkah step-by-step dengan screenshot gambar untuk setting profile FB anda untuk mulakan perjalanan personal Branding.

Boleh download eBook percuma di akademiariff.com

3. Gunakan Hashtag.

Satu lagi cara yang femes digunakan diruangan social media untuk naikkan nama ialah dengan menggunakan Hashtag. Tapi saya perhatikan terlalu ramai yang silap, bila hashtag yang digunakan itu adalah dari pemilik produk atau group.

Hashtag sememangnya tool yang sangat efektif untuk sebarkan info dan marketing, tapi untuk personal branding, kita perlu gunakan hashtag yang spesifik dan unik untuk nama kita, bukan produk.
Sebagai contoh #ariffLIVE atau #pengetuaXcited, kedua-dua hashtag ini bila di tap atau klik, akan membawa kepada profile dan brand saya. Jadi saya amat sarankan pada anda untuk cipta satu hashtag yang unik untuk naikkan nama anda di social media.

Jika nak lihat penerangan video berkenaan teknik Hashtag ini, boleh lihat pada salah satu blogpost saya di ariffbisnesinternet.com

4. Penulisan

Penulisan juga dapat mempengaruhi audience anda. So, penulisan yang jenis macam mana yang sangat berkesan untuk memenangi hati pembaca setiap masa?

Untuk menangi hati pembaca, kita perlu tahu siapa pembaca kita, apa yang mereka suka dan tulis tentang itu. Kita tak mampu nak cover semua topik dalam dunia ni, jadi fokus pada niche yang ramai pembaca.

Rujukan kita simple jer, pergi ke mana-mana kedai buku dan majalah dan tulis secara tiruvasi topik-topik hangat dipasaran.

Syarikat majalah dah pun lakukan pelbagai research tentang pembeli majalah dan apa tajuk yang boleh menarik untuk orang beli untuk baca.

Saya yakin masalah ini sangat ramai yang hadapi berikutan sebagai seorang yang berkerjaya lagi-lagi pemilik bisnes sangat memerlukan ini.

Saya amat bersetuju dengan keadaan ramai peniaga yang mulakan bisnes disamping kerjaya di siang hari. Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk gunakan pengalaman sendiri dengan cuba jaya segala liku marketing untuk berjaya.

Solusinya ialah dengan belajar dari pengalaman orang lain yang telah berjaya capai hasil yang kita mahukan.

Nasihat saya jangan berasa rugi untuk laburkan duit, belajar ilmu pemasaran berkesan di internet dan sosial media. Potong learning curve anda dengan selalu berdamping dengan sifu bisnes.

Hari ini, nak berdamping tidak lagi perlu bertemu lutut. FB messenger dan whatsapp atau telegram kan ada. Gunakan teknologi untuk belajar dan aplikasikan ilmu itu secepat mungkin demi kemajuan masa depan anda.

Selamat mengOHSEMkan diri

Featured Image : http://www.inc.com/geoffrey-james/

Pengasas kepada Akademi Ariff yang sangat gemar mengajar dan berkongsi pengalaman bisnes dan pemasaran online, terutamanya pemasaran facebook.

Tinggalkan Komen Anda

Komen