Dijawab oleh : Muhd Halif Bostaman Founder BuzzKonten

Tips STORYTELLING

Berikut adalah 5 elemen yang perlu ada dalam sesebuah story supaya story itu STRONG. Boleh jadikan 5 elemen ni sebagai checklist setiap kali tulis story.

1 – Situasi

Gambarkan latar belakang dan situasi story secara terperinci. Be descriptive.
Tulis apa yang dilihat. Apa yang dihidu. Apa yang didengar. Apa yang disentuh. Semua itu mampu bantu pembaca bayangkan apa yang sedang berlaku.

2- Curiosity

Masukkan elemen teka-teki. Timbulkan rasa ingin tahu dalam diri pembaca.
Ini akan buat pembaca lebih teruja dan ghairah untuk tahu apa yang terjadi seterusnya sekaligus baca sampai habis.

3 – Karakter

Lihat saja dalam setiap movie, mesti ada watak antagonis dan protagonis. Ada watak utama, ada hero dan ada penjahat.

Watak-watak inilah yang akan mewarnai story itu. Pembaca suka untuk tahu apa terjadi kepada watak itu.

4 – Dialog

Ungkapkan semula apa yang dituturkan oleh watak-watak dalam story anda.

5 – Konflik

Konflik adalah elemen penting dalam sesebuah story. Iyalah, sesebuah story itu diceritakan sebab konfliknya. Tak ada konflik, tak ada lah story.
Cerita hindustan tak syok kalau hero tak kidnap heroin. Konfliknya adalah bila cinta hero dan heroin terhalang oleh si bapa sebab hero tu miskin. haha.. itu contoh…

Boleh faham kan dengan 5 poin ni?

Jom tulis story.

Bak kata cip Irfan Jani, practice will make you better.

Featured Image : Storytelling

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen