Dijawab Oleh : Doktor Rizal Abu Bakar

“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.

“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur?” soal Tijah lagi bersungguh.

Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.

3 kesan tidur lepas sahur

  • Dehidrasi tubuh dan otak. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
  • Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.
  • Interaksi otak dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

Kita bersemangat sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

Tahun 2010 mengubah segalanya.

Usai sahaja latihan di Harvard Medical School, terus terbang ke University of Pennsylvania (UPenn). Berjumpa dengan Prof David Dinges, satu nama tersohor dalam bidang penyelidikan tidur dan otak.

Atas nasihat Dr Stuart Miller penyelia kedua yang juga pemilik Canberra Sleep Laboratory, saya ditumpangkan di rumah Dr Mark Schutta, Medical Director Penn Rodebaugh Diabetes Center. Kedua mereka adalah rakan belajar University of Colorado.

Perasan segan, malu silih berganti. Maklumlah menumpang di rumah orang tersohor di Penn Medical. Dr Schutta pula sangat teruja. Anak murid rakannya datang bertandang. Akhirnya saya tinggal sahaja di rumahnya.

Ketika itu UPenn baharu sahaja menerima geran penyelidikan dari Agensi angkasa lepas terkenal Amerika Syarikat (nama tidak disebut). Agensi ini beri USD$ 3 juta untuk kajian yang objektifnya utamanya pastilah rahsia atau classified.

Kebetulan saya di sana pada ketika itu dan dibenarkan untuk terlibat tetapi tidak sepenuhnya. Pelbagai dokumen perlu di tandatangani. Tidak boleh keluar apa-apa kenyataan mengenai kajian ini pada lima tahun pertama.

Objektif lain ialah mahu ketahui apa yang berlaku selepas makan dan tidur. Tujuannya ialah perkasakan angkasawan nanti. Angkasawan mesti dalam keadaan terbaik.

Tahun 2010 negara Amerika Syarikat bertarung dengan masalah ekonomi. Ramai dibuang kerja. Untuk dapatkan peserta kajian menjadi mudah. Mereka dibayar USD$1100 untuk terlibat dalam kajian selama dua minggu. 24 jam terkurung dalam makmal tidur. Makan, minum dan aktiviti harian semuanya di dalam makmal.

Di UPenn, bangunan 8 tingkat adalah makmal kajian tentang tidur dan otak . Bayangkan berapa ramai yang direkrut untuk kajian ini. Makmalnya ada yang diubah seperti bilik studio. Sekali pandang mereka ini seolah tinggal di hotel hotel mewah.

Kajian di UPenn menggunakan teknologi terkini. Analisis statistik yang kompleks serta pakar dari pelbagai bidang. Pendekatan multidisiplin.

Peserta pula bebas lakukan aktiviti. Di kepala mereka tersarung dengan penutup kepala berelektrod. Mereka berjalan ke sana ke mari dengan wayar berselirat di kepala.

Ada pelbagai ujian dilakukan ke atas peserta. Antara kajian yang menarik ialah peserta dibangunkan seawal jam 4 pagi. Diberi makan dan minum dan dibenarkan untuk tidur selepas makan.

Keadaan ini sama seperti kita apabila usai bersahur, solat terus tidur semula. Bangun bersiap untuk ke tempat kerja.

Semasa kajian peserta perlu ambil PillCam, kamera kecil sebesar kapsul. Tujuannya untuk melihat apa yang berlaku di dalam usus ketika mereka ini tidur. Kamera kecil akan berlabuh di usus kecil.

Kaedah konvensional biasanya tidak dapat melihat apa yang berlaku di usus kecil. Cuma sekadar pada usus besar sahaja. 90% makanan diproses di usus kecil. Di sini jugalah nutrisi dan mineral diserap oleh badan.

Peserta dikejutkan seawal jam 6:30 pagi atau jam 7 pagi. Jadi mereka dapat tidur sekitar 1 jam setengah atau 2 jam atau kurang sebelum dikejutkan.

Apabila bangun urin mereka diperiksa. Sampel najis juga diambil. Microbiologist pula akan lakukan ujian makmal untuk memeriksa kandungan bakteria baik dan jahat di dalam sistem peserta.

Dianggarkan ada 1 trillion bakteria dalam usus manusia seperti yang dilaporkan pada Mei 2016 di dalam prosiding National Academy of Sciences of the U.S.A dan US National Library of Medicine. Ratio bakteria baik dan jahat ini ialah 85% bakteria baik dan 15% bakteria jahat.

Kredit: Rocky Mountain Laboratories.

Hasil dari pemeriksaan najis ini didapati ratio bakteria baik dan jahat berubah. Berlaku peningkatan bakteria jahat. Petunjuk sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Petunjuk toksin sedang meningkat.

Pemeriksaan dari PillCam pula sangat menarik. Ketika itu saya sedang membaca laporan awal kajian. Tiba-tiba dipanggil bersama yang lain oleh Prof Dinges. Kami ke terminal skrin. Gambar dari PillCam terpampang. Menakjubkan melihat gambar dalam usus kecil manusia.

Satu persatu ditunjuk.

Prof Dinges beri penerangan. Usus kecil seolah-olah bekerja separuh sahaja dari sepatutnya. Ada ketikanya seolah tiada aktiviti berlaku. Ini sebabkan pembentukan toksin.

Berbeza dengan pandangan tentang gerak kerja sistem parasimpatetik yang berkerja tanpa henti. Ramai yang tertanya-tanya. Bagaimana hal begini boleh berlaku.

Jawapannya ialah pada otak. Apabila otak mengesan toksin, ia aktifkan mode kecemasan. Toksin perlu dikeluarkan.

Ketika tidur fokus utama otak ialah memory consolidation atau penyatuan memori serta bersihkan plak amyloid, sejenis protein yang terbentuk di otak. Plak ini sebabkan penyakit alzheimer. Fokus utama bukan proses makanan seperti di dalam sedar.

Pengurus kepada sistem parasimpatetik ialah bahagian otak yang bernama brain stem. Secara spesifiknya diurus oleh sub bahagiannya iaitu reticular formation. Di sini keluarnya hormon serotonin.

Apabila usus tidak keluarkan serotonin seperti sepatutnya, komunikasi antara serotonin di otak dan usus terganggu. Hormon melatonin yang sepatutnya keluar di perut juga terbantut.

Tugas melatonin untuk membersih usus, yang dilabel sebagai otak kedua juga terganggu. Ringkasnya, terdapat gangguan pada otak pertama dan kedua.

Ada yang bertanya. Bagaimana dengan pembuangan air kecil? Biasanya apabila otak mengesan toksin, ia akan dinyahkan melalui pembuangan air kecil. “Sebab itu peserta didapati membuang urin 40%-50% lebih banyak berbanding waktu lain”, bilang Prof Dinges.

Saya tekun mendengar. Angkat tangan dan bertanya, adakah otak menunjukkan tanda-tanda dehidrasi?

Staf teknikal terus alihkan ke gambar imbasan otak setelah mendapat isyarat dari Prof Dinges. Gambar-gambar imbasan otak secara konsisten menunjukkan tanda dehidrasi. Bahagian temporal, sub-gyral parietal, bahagian kiri dalam orbito-frontal dan juga pengecutan pada White Matter.

https://en.wikipedia.org/wiki/White_matter

Mungkin ini jugalah apabila bangun dari tidur selepas sahur kita rasa seperti terawang-awang sekejap.

Tambah Prof Dinges, apabila peserta bangun, kita tanya beberapa soalan. Antaranya tentang angin dan sendawa, nafas busuk atau tidak. Sekiranya ada ia mengukuhkan dapatan data klinikal tentang fenomena Small intestine bacterial overgrowth (SIBO). SIBO sebabkan toksin dan gagalkan usus kecil menyerap nutrisi dan mineral yang dimakan.

Giliran Prof Dinges pula bertanya. “Berapa diperlukan untuk usus kecil proses makanan? “4 jam”, jawab salah seorang petugas.

Prof Dinges angguk dan terus alihkan slide gambar berikutnya. Imej PillCam setelah 4 jam di dalam usus kecil terpampang. “Lihat hanya saki baki kecil yang tinggal.”

Dalam laporan kepada penaja geran ditulis, digalakkan tidur hanya selepas 4 jam mengambil makanan. Sayangnya laporan ini milik agensi itu. Milik mereka bukan untuk dikongsi.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda ada sebarang persoalan atau ingin tentukan pembacaan anda seterusnya, hantarkan soalan atau topik untuk kami kupas di page Nak Tanya. Kami akan bawakan jawapan yang terbaik.

Dr Rizal Abu Bakar

Fellow at St Vincent Hospital
Tutor at Australian National University
Sleep Scientist at Canberra Sleep Laboratory
Psychologist at PPC Worldwide

Tinggalkan Komen Anda

Komen