Penulis : Hariz Hamid, Kerani The Stache.

Ramai usahawan baru terutamanya di Malaysia, banyak bertembung dengan cabaran dan masalah dalam perniagaan mereka yang baru bermula. 96% bisnes gagal diperingkat permulaan dalam jangka masa 3 tahun sahaja.

Masalah yang paling kerap timbul ialah mencari pelanggan, bina list emel, kutip database, mengajikan pekerja dan banyak lagi. Akan tetapi, masalah-masalah seperti berikut boleh diselesaikan. Cuma anda perlu bertenang dan fikirkan kembali apa yang menyebabkan masalah itu terjadi serta strategi yang terbaik untuk atasi.

Didalam artikel ini, saya senaraikan 4 masalah yang kerap berlaku kepada bisnes-bisnes baru dan cara yang boleh kita cuba untuk atasinya.

Mencari Pelanggan

Masalah ini bukan hanya bisnes yang baru sahaja yang hadapi. Syarikat-syarikat yang terkenal seperti Samsung, Honda dan KFC, mereka tak pernah berhenti mencari jalan untuk mencari pelanggan-pelanggan baru.

Cara untuk atasi :

Anda tak perlu menabur iklan kepada mereka yang tidak mahukan produk anda. Bukan semua produk yang mahal, orang yang tak berkemampuan boleh membeli dan sebaliknya. Jadi. yang paling penting, anda perlu kenal pelanggan secara terperinci.

Kita perlu tahu siapakah pelanggan kita dan kenali mereka dengan tepat. Anda perlu tahu apa kerjaya mereka, dimana mereka selalu berada dan apa platform online yang mereka selalu habiskan masa.

Bila anda sudah kenali bakal pelanggan anda, baru mudah untuk anda sebarkan konten yang membuatkan mereka berminat untuk membeli produk anda. Anda juga akan sedar yang kos pemasaran anda juga dapat dijimatkan.

Mengajikan Pekerja

Syarikat yang baru memerlukan kakitangan untuk membantu memudahkan proses berkembang. Akan tetapi, risiko mengambil pekerja yang salah, dapat merugikan syarikat anda.

Cara untuk atasi :

Pekerja yang bagus bukan saja dapat membuat untung untuk syarikat, malah pekerja yang betul dapat menaikkan bisnes anda ke peringkat yang lebih baik. Oleh sebab itu, anda perlu luangkan sedikit masa untuk mencari dan penapis mereka.

Caranya, seperti apa yang anda buat untuk kenal siapa bakal pelanggan anda, begitu juga anda perlu buat untuk memilih bakal pekerja anda. Kenali dan siasat mereka serta latar belakang mereka. Dan yang paling penting, mereka bersemangat dan berminat dengan tawaran kerja yang anda berikan.

Penjenamaan

Anda mesti pelik melihat sesetengah jenama kerap muncul dimerata-rata tempat. Kadang di televisyen, radio, billboard dan sebagainya dengan begitu pantas dan hebat? Tetapi kita masih tak mampu.

Semestinya jenama-jenama sebegini telah bekerja keras, hadapi kegagalan, ditolak dan sebagainya yang kita tak nampak. Cuma yang kita nampak, kejayaan mereka sekarang.

Cara untuk atasi :

Ada banyak cara untuk kita naikkan jenama, tetapi dalam artikel ini, saya akan sentuh 3 sahaja iaitu pemasaran di blog berita, pemasaran bersama dan penulisan.

1. Blog berita.
Ada banyak jenis blog berita di Malaysia yang hebat dan tekenal seperti Amanz dan Vocket. Oleh kerana website mereka terlalu ramai orang kunjungi, jenama anda juga akan mudah dikenali. Gunakan khidmat mereka untuk menerbitkan sebuah artikel tentang bisnes anda.

2. Pemasaran Bersama.
Pemasaran bersama ialah gandingan antara dua jenama berasingan yang saling mengiklankan produk masing-masing bersama. Cara pemasaran ini antara yang paling berkesan. Jadi, cari mereka yang bisnes ditahap yang sama dengan anda dan saling beriklan.

3. Penulisan
Jika anda ada website, rajinkan diri anda atau upah penulis untuk menulis di bahagian blog website anda. Dengan cara ini, mereka yang mengunakan enjin pecarian Google dan mencari berkaitan produk yang boleh bantu selesaikan masalah mereka. Dengan penulisan anda yang baik dan dioptimasikan, mereka akan terus nampak website dan kemungkinan besar terus membeli produk anda.

Keseimbangan Antara Kualiti Dan Perkembangan Syarikat.

Bila anda nak berkembang dengan terlalu pantas, kualiti yang akan anda berikan juga akan berkurang. Sebagai contoh, semua kerja anda nak cepat, pekerja pun perlu ikut anda untuk capai apa yang anda tetapkan untuk syarikat anda. Dari segi pemasaran, konten yang disediakan tak berkualiti, dari segi close sale, semua akan jadi memaksa membuatkan pelanggan lari dan sebagainya.

Cara untuk atasi :

Fokus kepada apa yang pelanggan mahukan. Sekiranya pelanggan mahukan layanan yang baik, fokus kepada khidmat pelanggan. Ambil masa untuk latih pekerja anda lebih kepada khidmat pelanggan. Tak perlu tergesa-gesa ingin menaiktaraf bisnes anda. Bergerak perlahan tapi ikut apa yang pelanggan anda mahu.

Banyak lagi bisnes yang hadapi masalah yang berbeza-beza bergantung pada peringkat bisnes tersebut. Kongsikan dengan kami dibahagian komen dibawah tentang apa masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda selesaikan.

Sekiranya penulisan ini bermanfaat, kongsikan bersama rakan anda yang anda rasa mereka hadapi masalah yang sama.

Haris Hamid

Kerani di The Stache.

Tinggalkan Komen Anda

Komen