Dijawab oleh : Amir Syairazi, Founder Seri Emas

Apakah kempen pemasaran yang akan menyebabkan orang rasa teruja, rasa tak sabar-sabar, malah rasa bangga bila dapatkan servis/produk kita?

Apakah kempen pemasaran?

Kempen pemasaran pada pandangan saya, semuanya berkisar tentang nilai.
Dunia kini amat-amat bising dan sibuk sebenarnya dan kita susah nak dapat peluang untuk buatkan orang ingat kepada produk atau servis anda.

Walaupun sesuatu brand itu bernasib baik mendapat tempat di hati pengguna, namun masih juga perlu bijak tempatkan diri agar sentiasa relevan dihati pelanggan.

Kempen pemasaran yang bagus ialah satu kempen yang bakal buatkan pembeli rasa lebih bijak, rasa puas dan seronok kerana membeli.

Sebagai satu contoh jenama kasut “Nike” menjalankan pemasaran yang tidak menceritakan ciri hebat yang produk tersebut, atau kenapa mereka berlainan dari “reebok” , “adidas” atau jenama kasut yang lain.

Mereka hanya tunjukkan penghargaan terhadap atlit atlit yang sebenarnya Hero di hati peminat-peminat sejati.

Jika anda mahu fahami lebih lanjut tentang kempen pemasaran yang saya ceritakan di atas, boleh segera lakukan carian di youtube, Steve Job : Marketing Is About Value.

Apakah maknanya keterujaan?

Bila kali terakhir anda rasa teruja ? mungkin ketika anda bakal bertemu dengan artis pujaan atau terima sesuatu yang sudah lama anda minat.

Oleh sebab itu keterujaan hanya berlaku jika anda merupakan follower sesuatu trend, individu atau produk yang bercirikan “Leader”.

Saya perolehi pandangan ini apabila menonton video di youtube bertajuk “Start With Why” oleh Simon Sinek.

Tidak ada kena mengena tentang ranking, teknologi ataupun sesuatu yang luar biasa.

Anda secara suka rela menjadi follower, tanpa paksaan, mengikuti perkembangan dari awal sehinggalah sesuatu produk atau servis dari individu yang anda suka itu dilancarkan.

Sudah tentu anda akan teruja, tak sabar malah akan bangga jika dapatkan servis/produk tersebut.

Perlu jadikan situasi tertentu agar pelanggan rasa dirinya sebahagian dari syarikat. Contohnya kekerapaan anda meminta nasihat secara umum seperti pemilihan warna atau design atau nama produk di sosial media mampu menaikan respon dan menarik perhatian ramai orang.

Jadi, untuk menjalankan kempen pemasaran yang menyebabkan orang rasa teruja, tak sabar, malah rasa bangga bila mereka mendapatkan servis/produk anda ialah dengan cara menjalankan pemasaran berpengaruh ( Influence Marketing ).

Kunci paling penting di sini ialah sentiasa tonjolkan apakah nilai yang jenama anda percaya dan berpegang kepada prinsip-prinsip tertentu untuk mempertahankan nilai utama itu.

Sebagainya contoh: Nilai yang diutamakan jenama anda ialah “delivering happinness’, jadi apakah gerak kerja atau planning atau prinsip prinsip yang jenama anda pegang demi membawa keseronokan kepada pelanggan anda.

InsyaAllah, pelanggan anda akan tersentuh dan mula setia dengan jenama anda.

Saya pernah merancang satu kempen pemasaran untuk produk kesihatan dan kecantikan Seri Emas ( sabun resdung ) yang berpaksikan “VALUE” , dan secara tidak sengaja, tim saya terpaksa menerima ramai follower yang amat-amat setia.

Setiap kali satu-satu kempen dilancarkan mereka amat-amat teruja dan tak sabar untuk mendapatkan produk kami.

Pastikan anda sendiri hasilkan produk atau servis yang anda sendiri teruja untuk anda ceritakan kerana amat-amat bernilai, dan insyaAllah pengguna atau follower bakal merasai perasaan yang sama.

Adakah anda tidak sabar untuk membina pengikut(follower) dan pengaruh dalam kempen pemasaran anda banyakkan membaca buku yang berkisar tentang “leadership”, “Influence marketing” , atau “invincible influence”.

Hanya ada dua cara untuk membina pengaruh, sama ada menggunakan manipulasi atau memberikan inspirasi.

Contoh manipulasi ialah,
Jualan diskaun 48Jam , beli satu percuma satu, beli sekarang terima bonus. Dan ianya hanya memberi kesan sementara.

Manakala inspirasi lebih bertahan lama dan kekal. Teruskan memberi inspirasi tentang jenama anda, apa nilai yang jenama pertahankan seterusnya mampu menarik ramai yang mempercayai apa yang jenama anda percayakan.

Untuk membina apa yang saya ceritakan di atas haruslah konsistan dalam tindakan yang mencerminkan apa yang kita percayakan.

Pastikan setiap kempen, tindakan serta aktiviti yang jenama anda lakukan bakal meningkatkan ‘TRUST’.

Setiap kempen meningkatkan kesetiaan(LOYALTY).

Hanya dua perkara ini mampu membina follower dan akhirnya mengujakan mereka setiap kali anda menjalankan kempen pemasaran.

Semoga bermanfaat.

Amir Syazi ialah Founder Skincare Seri Emas ,& Imah Talks. Beliau secara aktif membantu syarikat-syarikat tempatan dalam bisnes ‘branding’ seperti Nak Tanya , JobKartel, Favora untuk tingkatkan keuntungan dan nasihat bisnes strategik.

Terlibat dalam pemasaran online lebih 5 tahun. Fokus utama, Branding , Viral , Music , Business Strategic Planning.

Tinggalkan Komen Anda

Komen