Kita mesti ingat orang-orang berjaya yang memilik syarikat besar dan perniagaan yang berjaya ini selalu dalam keadaan tertekan dan tiada masa seperti kebiasaan orang lain.

Tidak sama sekali. Ya, tidak dinafikan bila kita sedang membangunkan perniagaan, jadual harian akan menjadi amat padat dan hampir tiada masa dapat diluangkan untuk keluarga dan rakan-rakan.

Akan tetapi, untuk berjaya dalam perniagaan dan kehidupan secara seimbang, kita sendiri perlu mengatur hidup kita dan bukan membiarkan timbunan kerja menguasai diri dan kehidupan.

Apabila selesai kerja yang sibuk dari hari isnin hingga jumaat, bagaimana kita menghabiskan masa terluang di hari minggu? Dibawah, kami akan kongsikan apa Spencer Rascoff, COO Zillow dan orang-orang berjaya biasa lakukan untuk mengisi waktu mereka di hujung minggu.

1. Habiskan masa dengan orang tersayang.

Jika di hari biasa mereka sibuk dengan kerjaya, pada hujung minggu mereka akan berusaha menghabiskan masa secukupnya dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

2. Bersenam.

Mereka akan bersenam setiap hari atau sekurangnya 3-4 kali seminggu. Tapi jika mereka terlampau sibuk, mereka akan cuba luangkan masa di hari cuti untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Ia peluang yang baik untuk tenangkan fikiran dan cipta idea-idea baru yang bernas.

3. Bangun pada waktu yang sama.

Mereka melatih diri untuk bangun pagi pada waktu yang sama dan konsisten. Badan manusia melalui kitaran dan fasa-fasa dalam tidur untuk rehat dan menyegarkan tubuh badan.

Bila tidur dan bangun pada waktu yang tidak menentu, badan akan merasa lemah dan jadi tidak bersemangat kerana minda dan badan telah dilatih begitu.

4. Buat sesuatu yang baru.

Mereka akan jadualkan hari mereka untuk melakukan sesuatu yang baru dan sesuatu yang mencabar diri mereka sebagai contoh, mendaki gunung. Amat membosankan jika setiap minggu hanya habiskan masa ke panggung wayang dan makan.

5. Matikan talian.

Kebanyakkan orang yang berjaya, mereka menjauhkan diri dari hal berkaitan kerja. Sekurangnya mereka sedaya upaya asingkan kerja mereka kepada waktu tertentu di hujung minggu.

Sebagai contoh, membawa anak untuk mengunting rambut. Gunakan waktu yang berkesempatan untuk melihat emel sementara menunggu rambut anak digunting.

6. Kerja-kerja amal.

Mereka akan jadualkan sebahagian dari hari cuti mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal kebajikan seperti gotong-royong, beri makan kepada gelandangan dan sebagainya.

7. Menjalinkan rangkaian atau ber-networking.

Kemana sahaja mereka pergi atau apa sahaja mereka lakukan, mereka akan sedaya upaya berkenalan dengan orang baru dan menjalinkan persahabatan diantara mereka.

Ber-networking bukanlah hanya suatu acara orang-orang yang berjaya berkumpul, ia adalah satu gaya hidup.
Penelope Trunk.

8. Refleksi diri.

Setiap kali mereka bangun dari tidur, mereka akan ambil masa dalam 30 minit untuk refleksi diri mereka. Mereka duduk bermeditasi dan merenung kembali ketika keadaan mereka dalam kesusahan dahulu.

Sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian yang dikurniakan kepada mereka walaupun hanya dapat menghembuskan nafas dan memiliki pancaindera yang masih berfungsi dengan sihat.

Jika anda rasa post ini bermanfaat, kongsikan kepada yang lain. Anda ada sebarang persoalan untuk ditanya? Hantarkan ke page. Kami akan menjawab dalam bentuk artikel.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen