Dijawab oleh : Saiful Bahari, Perancang Pemasaran Perniagaan

Apa itu USP?

USP ini adalah singkatan kata dari Unique Selling Point. Jadi apa itu Unique Selling Point (USP) ?

Rata-rata peniaga yang berniaga tidak jelas apa maksud Unique Selling Point. Kan?
Baik. Saya akan terangkan maksudnya satu persatu.

Unique – Keunikan
Selling – Penjualan
Point – Kepada Siapa

Kalau kita gabungkan dalam bahasa,

Keunikan Penjualan Kepada Siapa – faham tak ? Saya tahu mesti ada yang pening sebab dialihkan bahasanya. Haha. Relax.. Tarik nafas. Saya tak kejam. Okay, sambung baca lagi.

Saya terangkan dengan bahasa mudah.

Selling Point – Menjual kepada pelanggan.
Unique – Keunikkan membuatkan orang beli.
BIG WHY – Maksud sebenar USP adalah – Keunikkan apa yang membuatkan orang membeli dengan kita?

Haa sekarang faham? Angguk sikit. Mungkin ada yang angguk mungkin ada yang tidak. Haha. Tidak mengapa.
Jadi apa yang pentingnya disini ?

Kenapa mereka beli dengan kita ?
Kenapa kita jual produk ini ?
Kenapa produk ini dapat sambutan ?

Soalan ini adalah asas perniagaan iaitu TAWARAN ← Apa yang dimaksudkan tawaran ini. Tawaran ini adalah OFFER.

“Eh tuan translate je.”

Haha. Ye, saja translate je. Saja test English skill. Hehe.

“Sebabnya mengapa tuan ?”

Tiada sebab lain lagi, asas perniagaan ianya hanyalah Tawaran atau english kata Offer. Ini adalah sebab mengapa mereka beli. Setuju ?

Sahabat berniaga tapi takde barang atau tawaran produk pada prospek. Jadi bagaimana untuk ada bisnes. Kan? Setuju?

Baik, kita da sampai part best. Fokus k. Kalau hilang fokus pergi minum kopi dulu. Tarik nafas. Hihi.

Okay. OFFER atau TAWARAN yang kita buat adalah menyelesaikan sesuatu masalah.

Setuju?

Contoh Situasi,

Jenifer ada masalah jerawat yang teruk.
1. Produk X – Menghilangkan jerawat
2. Produk Y – Menghilangkan kudis kaki

Agak-agak Jenifer pilih yang mana?

Sahabat jawab sendiri. Hihi.

Jadi Nampak kan? Jenifer akan membeli produk yang di TAWAR kan untuk mampu menyelesaikan masalahnya. Mudahkan?

“Tapi apa kena mengena dgn USP tuan?”

Baik saya bagi contoh situasi lain pula,

Jenifer ada masalah jerawat yang teruk.

1. Produk X – Menghilangkan jerawat
2. Produk Z – Menghilangkan jerawat
3. Produk V – Menghilangkan jerawat

Agak-agaklah Jenifer pilih yang mana ? Haaa. Jeng jeng.

Tertanya-tertanya? Pergi follow fb saya dulu. Kah ! Gurau gurau. Okay saya sambung. Pastikan faham betul-betul di atas baru sambung baca sebab ini lah RAHSIA USP. Part lagi best !

Sebelum saya teruskan pasal Jenifer… “ Eh, Kenapa Jenifer tuan? Kenapa tak Faridah, Jamilah?”

Haha, Jenifer nie ex gf saya dulu. Nama dia je yang terlintas. Saya tulislah Jenifer (bukan nama sebenar). Hahaha.

Okay kita serius.

Jangan marah. Sebab otak kita kena relax baru boleh faham dengan tenang. Otak kita terbahagi dua. Kalau berserabut nanti kita boleh konfius.

Aduh, tercerita pasal otak pulak.. lari tajuk dahh. Haha. Okay sambung. *mood serius*

Baik sahabat yang saya hormati dan disayangi,

Dibawah ini adalah senarai kategori USP

USP ini terbahagi kepada 6 kategori.

Mudah
Jimat
Cepat
Lengkap
Terbaru
Terjamin

“Tu tuan ada 7 tu ?”
Yaaaa. Satu lagi saya simpan sebab boleh jual ebook nanti *muka senyum senget*
Baiklah, bertenang. Kita teruskan.

Bagaimana nak guna USP ni? Kita mempermudahkan mereka dari membeli atau kegunaan

Jimat > Beri penjimatan pada pelanggan

Cepat > Dapat mempercepatkan sesuatu proses

Lengkap > Senang kata all in lah.

Ini saya kena terangkan sikit. Lengkap bermaksud suatu barang itu lengkap contoh milo 3 in 1. Lengkap kan ? Kedai yang menjual semua jenis makanan basah dan kering. Lengkap kan? Itu maksud lengkap.

Terbaru > Produk kita paling baru. Cawangan baru.. Semua baruu.. Sampaikan orang mahu semua baru.. Haa itu emosi mereka.. Contoh baru-baru ini..

Girlfriend saya si Vivy tu jual tudung duckscarf kat Pavillion itu hari, the latest one harga RM800. Beratur orang beli. Sebab paling latest. Kenapa jadi macam tu ? Sebab orang nak paling barulah. Haha.
Kenapa mereka sanggup beli tu chapter lain. Fahamkan USP dulu. Okay?

Terjamin > Jaminan kita pada bakal pembeli.. Contoh tak berkesan saya pulang duit semula. Itu jaminan. Okay boleh faham? 6 kategori USP yang ada. Jadi berbalik pada soalan.

Bagaimana mengunakan USP?

Okay, berbalik pada contoh Jenifer tadi
Jenifer ada masalah jerawat yang teruk.

Produk X – Menghilangkan jerawat
Produk Z – Menghilangkan jerawat
Produk V – Menghilangkan jerawat

Baik. Saya akan mengunakan USP yang ada dalam menyelesaikan masalah sahabat semua untuk memilih produk mana sesuai bagi Jenifer.

Produk X – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari.
Produk Z – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari, jika tidak wang dikembalikan.
Produk V – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari, jika tidak wang dikembalikan, setiap pembelian diskaun 70%

Haaa. Baiklahh. Kalau sahabat semua bijak lagi hensem macam saya. Produk mana jadi pilihan Jenifer, X, Z atau V ??

BETUL !!

Dapat jawapan kan ? Tak perlu saya beri jawapan kan ? Jelas sekarang ? Tepuk tangan untuk diri sendiri.

Siapa boleh jawab USP apa yang saya gunakan ?

Ehh.. Lupa sahabat sedang membaca, bukan hadapan saya.. Mungkin sekarang saya sedang makan. Hihi. Ada rezeki kita jumpa ya. Hihi.
Baiklah..

“Tuan.. semua produk tu ada USP kan?”

Ye betul !

Semua produk di atas ada usp.
Produk X – USPnya cepat
Produk Z – USPnya cepat dan jaminan
Produk V – USPnya cepat, jaminan dan jimat

Sahabat nampakkan ? Semua produk ada USP tapi kenapa produk V jadi pilihan sahabat ?

Yaaaaa !! Betull.. Apa yang betul ? Haha. Maaf saya rasa sedang memberi talk depan sahabat semua. Nampak tak semangat saya ? Jadi saya mahu sahabat semua semangat !

Baik ! MENGAPA PRODUK V JADI PILIHAN ???

Itulah yang apa saya terangkan di awal tadi maksud USP. Baca balik. Haha.

Iaitu

Selling point – Menjual kepada pelanggan
Unique – Keunikkan membuatkan orang beli
BIG WHY – Maksud sebenar USP adalah – Keunikkan apa yang membuatkan orang membeli dengan kita ?

Inilah USP dan kepentingan USP dalam produk kita. Keunikan yang kita tawarkan pada meraka !
Walaupun semua produk ada USPnya, tetapi USP yang power adalah TAWARAN yang hebat dan memberi KESAN yang menakjubkan !

Baik. Saya bold KESAN, perasan ?

Atas sebab saya sayang semua sahabat saya. Point no 7 dari kategori USP tadi adalah BERKESAN.. Psstt ini rahsia saya tauu. Saya bocorkan pada sahabat semua. Nanti bankin lah sikit sagu hati. Kah!

Baik..

Semua perniagaan akan menghasilkan produk yang berkesan. Setuju ?
Itu asasnya kenapa produk itu dihasilkan. Okelah saya terangkan sikit. Ikut contoh tadi.

Jenifer ada masalah jerawat yang teruk.
Produk X – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari.
Produk Z – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari, jika tidak wang dikembalikan.
Produk V – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari, jika tidak wang dikembalikan, pembelian harini diskaun 70%

Menghilangkan jerawat < Produk X, Z, dan V mampu hilangkan jerawat. Jadi USPnya ? Benar.. BERKESAN. Siapa nak keluar produk tak berkesan kan ? hehe.

Satu lagi ..

Produk V – Menghilangkan jerawat seawal 3 hari, jika tidak wang dikembalikan, setiap pembelian diskaun 70%

Ayat diatas kenapa mampu menarik minat sahabat ? sebab BERKESAN memberi *Value* ← (ini topik lain) pada Jenifer.

Fahamkan USP dulu ya sahabat.

Jadi, berkesan ini adalah asas. Yang penting keunikkan apa untuk ambil hati pelanggan.

Konklusi : JADI APA ITU USP DAN KENAPA USP AMAT PENTING DALAM PRODUK KITA ?
Ia adalah mencipta KEUNIKKAN TAWARAN yang HEBAT dan yang pentingnya BERKESAN untuk mengambil hati pelanggan..

Tepuk tangan untuk diri sendiri dan ucapkan Alhamdulilah kerana berjaya mempelajari satu ilmu anugerah Allah S.W.T
Saya akhiri disini, tulisan yang buruk datangnya dari saya, tulisan yang baik datangnya dari Allah S.W.T

Secara jujurnya banyak lagi cabang USP tapi saya menjawab kepada soalan dahulu supaya sahabat semua lebih jelas dan faham.

Allahu’alam.

Featured Image : getentrepreneurial.com

Saiful Bahari

MOHARA GROUP SDN BHD SPEED VIRAL MARKETING

Tinggalkan Komen Anda

Komen