Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu serangan internet bernama WannaCry yang bertindak mengunci semua fail penting didalam komputer.

Kemudian, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah dikunci tersebut dalam bentuk wang digital atau Bitcoin.

Ramai orang masih tertanya-tanya apa itu Bitcoin? Berikutan itu, kami akan jelaskan kepada anda tentang Bitcoin atau matawang digital dengan harapan anda dapat faham sedikit sebanyak mengenainya. Video dibawah adalah pengenalan ringkas tentang Bitcoin.

Bitcoin ialah sejenis matawang digital yang di panggil Cryptocurrency. Bahasa mudahnya adalah wang internet. Ia dicipta oleh seorang lelaki misteri yang digelar Satoshi Nakamoto.

Yang menarik dan unik tentang matawang ini ialah ia tidak memerlukan orang tengah dalam setiap urusan transaksi. Bermaksud, anda sendiri yang mengawal wang anda tanpa melibatkan pihak ketiga seperti bank.

Anda mungkin akan tertanya, apa itu Blockchain atau adakah ia boleh dipercayai dan bagaimana ia berfungsi? Infografik ini mungkin dapat membantu anda faham bagaimana ia berfungsi.

Blockchain Explained Simply – www.weforum.org

Jika anda tidak faham infografik diatas, cuba tengok video yang berdurasi selama 10 minit ini. Paul Hickey dan anaknya yang melakonkan situasi agar dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.

Setiap proses transaksi direkod dalam rangkaian log awam (Public Ledger) atau Blockchain seperti yang dijelaskan dalam sumber diatas dan penguna tidak akan didedahkan identiti mereka kecuali ID Wallet Bitcoin.

Nilai Bitcoin kini makin meningkat berbanding penilaian tertinggi pertamanya pada tahun 2013 iaitu USD1000 untuk satu Bitcoin.

Dan baru-baru ini nilai satu bitcoin telah mencecah sebanyak USD2000(MYR8566.90). Dan pada tarikh artikel ini ditulis dan disiarkan, nilainya semakin naik dan kini telah mencecah USD2324.69(RM9957.69 ) untuk satu Bitcoin.

Antara kelebihan dan kebaikan mengunakan Bitcoin.

  • Tiada gangguan dari pihak ketiga. – Anda boleh mengunakan wang anda tanpa memerlukan bank. Bank tak dapat untuk melakukan apa-apa kepada wang anda seperti membekukan akaun dan sebagainya. Anda memiliki kebebasan atas hak milik anda.
  • Tiada cukai dikenakan. – Memandangkan transaksi bitcoin tidak melibatkan orang tengah atau bank, pengguna tak akan dikenakan cukai pembelian.
  • Caj transaksi yang rendah. – Kebiasaan transaksi dalam atau luar negara akan dikenakan caj dengan kadar tertentu. Memandangkan Bitcoin tidak terikat oleh mana-mana institusi perantara dan campurtangan kerajaan, caj transaksi menjadi jauh lebih rendah.
  • Mudah dan cepat. – Setiap pemindahan wang menggunakan Bitcoin amat mudah dan cepat berbanding bank yang memerlukan masa yang lama. Dimana sahaja anda ada akses kepada internet, anda sudah boleh memindahkan wang dari mana saja anda berada.

Meskipun Bitcoin kelihatan masih baru dan sukar dipercayai, banyak juga syarikat-syarikat gergasi yang mula menerima Bitcoin dalam urusniaga mereka. Berikut adalah senarai beberapa syarikat yang mengunakan Bitcoin.

  • WordPress – Syarikat yang menyediakan platform blog secara percuma.
  • Microsoft – Beli perisian dalam stor Windows menggunakan Bitcoin.
  • Subway – Menjual sandwich sihat.
  • Dell – Syarikat komputer.
  • Expedia – Agensi menempah tiket pelancongan.
  • Steam – Platform permainan atas talian.
  • Shopify – Membolehkan sesiapa sahaja menjual secara atas talian.
  • Bloomberg – Syarikat berita dan media atas talian.
  • Rakutan – Platform e-dagang terbesar di Jepun.
  • Virgin Galactic – Salah satu syarikat Virgin Group milik Richard Branson.
  • Namecheap – Pendaftaran domain laman web.

Di Malaysia, penggunaan Bitcoin tidak diiktiraf sebagai sah. Berikut adalah keratan artikel dari laman informasi teknologi Amanz.my.

Bank Negara Malaysia mengatakan ia tidak diiktiraf sebagai sah di Malaysia. Perkara ini adalah kerana operasi Bitcoin tidak dikawal selia oleh Bank Pusat. Apa pun, tiada sebarang halangan untuk mereka yang ingin menggunakannya. Namun, pihak Bank Negara Malaysia mengatakan berjaga-jaga dengan pelbagai risiko atas penggunaannya.

Kepada anda yang masih tertanya-tanya apa itu Bitcoin, semoga post ini bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda ada apa-apa soalan yang ingin kami jawab, hantarkan soalan anda ke page kami. Klik disini.

Sumber :

Apakah Blockchain? – Weforum
Bitcoin Tak Diiktiraf di Malaysia. – Bank Negara Malaysia
Syarikat-syarikat yang menggunakan Bitcoin. – 99bitcoins
Kelebihan dan kebaikan Bitcoin. – Investopedia
Identiti pengguna Bitcoin dirahsiakan. – Forbes
Nilai satu Bitcoin mencecah USD2000. – TechCrunch
Nilai terkini Bitcoin. – Coindesk

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen