Dijawab Oleh : Anne Zalia. Reviewer duotv.my

Ramai yang cuba untuk keep up-to-date dengan trend Instagram Marketing. Tapi masih gagal untuk tarik pelanggan sebenar.

Saya kongsikan 3 tips ringkas untuk anda bagi yang masih baru berjinak dengan Instagram.

1- Manipulasi pengguna Instagram dengan keywords name (nama akaun).

Sekarang ni ramai yang fefeeling acah betapa gahnya nama syarikat sampai bazirkan ruangan nama ni.
Yes, tak salah nak letak nama syarikat anda. kalau tak, buat apa penat-penat daftar SSM kan?
Tapi, tepuk dada tanya selera, adakah nama syarikat anda tu dikenali?

Ambil contoh macam ‘XLS Beaute’ tapi produk jualannya sebenarnya jual perfume Dexandra.

Nak tulis XLS Beaute atau perfume Dexandra?

Jawapan: Perfume Dexandra wangi 24jam

Kenapa ye? Letak diri anda sebagai pengguna Instagram yang nak shopping ni, korang cari nama syarikat atau cari produk yang anda mahukan?

Oh yea, pastikan anda gunakan ruangan ini sebaik mungkin sebab Instagram cuma bagi 30 huruf je ni. Rugi kalau tak guna sebaiknya.

Cuba gunakan Instagram anda dan search keyword Reviewer dan Media Reviewer. Ada nampaksaya? Okay dah nampak silalah follow. Hehe. Gurau je.

2- USP atau Unique Selling Point

Apa yang membezakan bisnes anda dengan yang lain? Bab ini tuan SaifulBahari dah sentuh, so rajinkan diri anda untuk membaca.

Beri value pada apa yang pelanggan mahukan. Tonjolkan diri anda lebih lagi berbanding perniaga-perniaga lain di Instagram. Dengar kehendak pelanggan. Jangan buat bisnes syok sendiri ye.

3-Apa nak membebel lagi kat description yang Instagram bagi ni?

Bagi sebab kenapa pelanggan anda perlu membeli daripada anda?

Pernah jumpa tak dengan adik-adik promoter kat shopping mall, selalu dia cakap apa?

“ Hi kak, susu Dutch Lady ada promotion harini kak. Kalau akak beli satu, percuma satu. Dan lagi best untuk harini sahaja kita bagi 70% discount. Rugi kalau akak tak grab sekarang ”

Senafas tu beb, dalam senafas je dia sebut semua ayat ni. Yela, kalau panjang2 pun ada ke yang nak dengar. Samalah juga kat dalam Instagram. Awak membebel panjang-panjang tu ada ke yang rajin baca?

Ringkaskan dan kalau boleh gunakan emoji lagi bagus, macam mana nak guna emoji kat Instagram?

Lah, tulis je dulu kat Whatsapp ke Notes ke. Then nanti copy paste je lah balik kat Instagram.

4- Website tak ada so, nak biarkan je ke?

Allahu, dah kata jangan membazirkan? Dah diberi tu, sebat je.

Tak ada website? Gunakan untuk link FB Page anda, boleh terus bina trust berganda dengan pelanggan anda dari Instagram dan juga Facebook.

Tak ada FB Page? Gunakan untuk whatsapp link. Daftar at wasap.my

Mudahnya nak berbisnes di Instagram! Tapi hati2, tak semua bisnes sesuai dijual disini. Untuk branding? Semestinya pilihan terbaik.

Untuk sales luar negara? Lagilah terbaik dan terbukti berkesan.

Macam mana pula dengan korang? Kongsikanlah tips instagram kat bahagian komen dibawah.

Sekirannya anda rasa bermanfaat, kongsikan dengan yang lain.

Anne Zalia

Reviewer & Social Media Marketer at TheDuoTV

Tinggalkan Komen Anda

Komen